"Bapak h*ram j*dah! Sendiri buat hutang tak boleh bayar, pakai anak minta sedekah," tulis Joe Bagan yang berang selepas mengetahui kisah sebenar kanak-kanak dipaksa mengemis.
Menurut Joe, kejadian itu berlaku di Uptown Perda, Pulau Pinang pada malam semalam.
Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 3-4 tahun diletak dalam stroller bersama dengan bekas yang digunakan untuk mengutip derma, dalam cuaca hujan dan kesejukan.
Si bapa menggunakan taktik kotor itu untuk meraih simpati pengunjung uptown tersebut bagi membolehkan dia mengumpul wang supaya dapat dibayar kepada ceti haram.
Tidak diketahui berapa jumlah sebenar hutang itu tetapi menurut sumber, si bapa perlu membayar ceti haram itu sebanyak RM38 sehari.
Dari sumber kedua pula mengatakan, pasangan itu mempunyai dua orang anak dan anak yang viral dalam gambar itu merupakan anak kedua.
"Kereta yang laki dia naik tu kereta pak perempuan tu. Depa anak dua orang dah. Ni anak yang nombor dua. Hat sulung tak tau lah pi mana. Terkejut tengok bila viral," katanya.
REAKSI NETIZEN
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terperdaya dengan mana-mana individu yang mengemis di tepi jalan kerana ada yang sanggup berpura-pura dan mengambil kesempatan meraih simpati orang ramai untuk mendapat wang dengan jalan mudah.
Sumber: Joe Bagan
from The Reporter https://ift.tt/2pUzMpt
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JtMNNp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment