Tiada siapa yang menyangka, jeriji besi yang dipasang di kediaman boleh mendatangkan kecederaan menyebabkan kanak-kanak lelaki ini mungkin kehilangan jari kelingkingnya.
Menurut Anieza Niera, adiknya, Muhammad Najwan Faiz Mohamad Nasron, sebelum itu sedang bermain dan memanjat jeriji besi tersebut. Namun terjatuh dan jarinya terputus akibat tersepit pada celah jeriji yang tajam itu.
PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA
18 Oktober 2019, 7:00 pagi - Buat persiapan di rumah sebab ada buat kenduri sedikit.
1:00 tengah hari - kejadian berlaku pada waktu ini. Adik bongsu bermain dekat grill besi (seperti dalam gambar). Dia gantungkan tangan di situ. Apabila badannya hilang keseimbangan, lalu terjatuh dan jarinya terputus.
Sepatutnya pada masa ini letakkan jari yang terputus itu dalam bekas ais. Tetapi bila dah kelam-kabut, langsung tak ingat.
Bawa adik bongsu pergi ke kecemasan, doktor terus cari ais dan letakkan jari itu dalam ais. Nasib baik jari masih hidup.
Bila dibawa pergi ke hospital besar, doktor terus buat pembedahan untuk sambungkan semula jari yang terputus itu. Pembedahan mengambil masa 2 jam 30 minit.
Doktor beritahu, hanya satu urat sahaja yang boleh diselamatkan, yang lain hancur.
19 Oktober 2019 - Doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan itu. Macam-macam cara dilakukan.
- Cucuk ubat cairkan darah.
- Letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik, lega dengar.
Tetapi semalam doktor kata, jari semakin mengecut. Darah masuk pun secara paksa dan tidak sampai ke bahagian kuku. Mungkin jarinya akan mati. Ya Allah, sian poksu.
Tetapi doktor beri masa dua hari. Kalau pengaliran darah tak cantik, pembedahan kali kedua akan dilakukan, buang jari yang telah disambungkan itu.
Ya Allah, semoga ada keajaiban dariMu. HanyaMu yang boleh makbulkan. Kalau boleh ambil jari Kak Long pun ambillah sebab Kak Long tua dah. Poksu masih memerlukan jari itu.
Kepada yang di luar sana, jika ada grill seperti ini, berhati-hatilah. Kalau boleh, lindungkan bahagian yang tajam itu agar kejadian yang menimpa poksu tidak berulang.
Jari poksu semalam. Hari ini makin hitam.
Gambar jarinya buat masa ini. Ya Allah, tanam dalam hati, redha.
Sumber: Anieza Niera
from The Reporter https://ift.tt/33O2o2f
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33ORU2w
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment