Kejam! Seorang wanita di Senadin, Miri, tergamak mendera 11 ekor anjing peliharaannya termasuk 2 ekor anjing berusia setahun dan 9 ekor anak anjing.
Dua anjing dewasa itu dikurung dalam sangkar kecil dan dibiarkan kelaparan.
Menurut laporan See Hua Daily, anjing-anjing itu terlalu lapar sehingga terpaksa mengigit besi sangkar tersebut. Namun, wanita itu menggunakan dawai besi untuk menutup lubang itu dan tidak mahu membenarkan anjingnya keluar dari sangkar.
Dia hanya memberi anjing itu sedikit makanan setiap hari.
Sehingga satu malam pada 22 Oktober lalu, salah seekor anjing itu tertusuk besi di dalam mulutnya.
Pemiliknya kemudian menghubungi rakannya yang merupakan pencinta haiwan, untuk meminta bantuan.
Apabila rakannya datang untuk melihat keadaan anjing itu, dia terkejut dan terkesima. Oleh kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mengeluarkan batang besi itu, mereka terpaksa menghubungi pihak bomba dan penyelamat untuk meminta bantuan.
Sebaik saja bomba berjaya memotong besi itu, mereka terus membawa anjing berkenaan ke klinik haiwan agar batang besi itu dapat dicabut tanpa mencederakan haiwan itu.
Namun, pemeriksaan mendapati, bukan sahaja batang besi tertusuk pada mulut anjing, malah terdapat dua dawai tersangkut dalam tekaknya.
Difahamkan, anjing betina miliknya melahirkan 9 ekor anak anjing yang dibiarkan bebas berkeliaran di luar rumah sehingga ada yang dilanggar kereta dan sesetengahnya mati terjatuh dalam longkang.
Kes itu kemudian dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Miri pada 23 Oktober dengan harapan pihak berkenaan menyelamatkan anjing-anjing itu dari wanita berkenaan.
Sumber: See Hua Daily
from The Reporter https://ift.tt/2BIrQKB
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31Ryjxa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment