loading...

Monday, 21 October 2019

'Dulu gaji RM1,200, sekarang mampu raih RM19,000 sebulan' - 3 lelaki ini buktikan gagal SPM bukan bermakna gelap masa depan


Jika dulu mereka pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun itu tidak melunturkan semangat mereka untuk mencari kejayaan dalam hidup. 

Tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur iaitu Muhamad Badiuzaman Ya Abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35, dan Muhammad Qamarul Auji Amran, 32, kini berjaya dalam bidang masing-masing sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

Mereka kini antara pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang mampu meraih pendapatan RM15,000 hingga RM19,000 sebulan. 

Muhammad Badiuzaman yang berasal dari Kampung Ibok, Kemaman, mula mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM pada 2003 selepas melihat arwah abangnya yang bekerja sebagai jurukimpal mendapat gaji tinggi. 

"Masa mula-mula kerja gaji saya hanya RM1,400. Tahun 2010, saya diberi kepercayaan jadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM19,000 sebulan," katanya. 

Beliau kini bekerja sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu. Malah pernah berkhidmat di China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai. 

Muhammad Qamarul Auji dari Kuala Terengganu pula mengambil pendekatan berbeza dengan menubuhkan syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasinya sendiri di Kemaman. 

Beliau mempunyai lebih 80 pekerja yang majoritinya merupakan lepasan bidang kemahiran. 

Menurutnya, dia sebelum ini bekerja makan gaji selama lapan bulan sebagai jururegah dengan gaji permulaan RM1,200 sebelum menyambung belajar di ABM dan akhirnya membuka syarikat sendiri pada 2014 selepas berjaya mengumpul modal. 

Sementara itu, Mohd Faizal pula bekerja di Arab Saudi dan pernah memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan. Beliau berkata, dengan pendapatan itu dia mampu menghantar ibunya menunaikan ibadah haji dan umrah selain membeli aset dengan tunai. 

"Saya tidak sangka, kursus Sijil Kimpalan di ABM mengubah hidup saya dan anak-anak muda yang tidak memperoleh keputusan baik dalam pendidikan harus mengambil peluang ceburkan diri dalam bidang kemahiran," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/32D92YT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2o4Vd6s
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...