Malang nasib seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Marang apabila dia dipaksa melakukan seks oral oleh rakan asramanya.
Lebih teruk lagi, pelajar tingkatan dua itu diugut sekiranya enggan menuruti arahan mereka.
Namun, kejadian itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya ketika datang melawat mangsa di asrama pada Isnin lalu.
Terkejut mendengar pendedahan remaja itu, ibu mangsa terus memeriksa tubuh badan anaknya sebelum menemui kesan lebam di perut. Mangsa turut mendakwa berasa sakit di seluruh badan dan punggungnya.
Menurut mangsa lagi, dia selalu dipaksa melakukan perbuatan itu oleh tujuh rakannya dan diugut akan dicederakan jika memberitahu kejadian itu kepada sesiapa termasuk warden dan pihak sekolah.
Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2Ng3sVQ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36bOaub
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment