loading...

Wednesday, 15 May 2019

'Miskin sangat ke ko sampai takde RM350?' - Jurujual hina lelaki ini bila dia tak mampu nak beli ubat sembuh luka


Jurujual sepatutnya faham apabila pelanggan berkata 'tidak', maka berhentilah dari terus mencuba menawarkan produk yang hendak ditawarkan kepadanya dan angkat kaki terus berjalan mencari pelanggan lain. 

Tetapi jurujual wanita ini pula bagaikan tidak mengerti, malah dipaksanya orang membeli produk dia walaupun sudah dijelaskan yang dia tidak mampu membayar kos ubat tersebut. 

Menurut Muhammad Fard Osman, dia mengalami kemalangan jalan raya dan akibat dari kejadian itu dia mengalami beberapa luka di bahagian badan. 

Muhammad Fard kemudian dihubungi oleh jurual berkenaan melalui aplikasi WhatsAp tanpa segan silu menjual produk kulit kepadanya. 

Katanya ubat itu boleh merawat luka terbakar dan nanah. Harga yang ditawarkan adalah RM350 dan dia memberi jaminan luka yang dialami itu akan sembuh. 



Terkejut dengan harga itu, Muhammad Fard menolak dengan baik atas sebab kewangan tidak mengizinkan. Malangnya jurujual itu berkeras mahu memaksanya membeli dan menuduh Fard berkira dalam bab kesihatan. 

Lebih teruk lagi, dia memaksa Fard untuk bayar RM350 itu dan produk tersebut akan dihantar pada Sinin kelak. 


Sekali lagi Fard menjelaskan yang dia tidak mampu, membuatkan jurujual itu bengang lalu melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 




"Lantak ko lah nak beli ke tak. Luka ko berjangkit keluar nanah, lepas tu ko mati. Padan muka ko. Tak ingin aku datang tengok jenayah ko tu!" katanya sebelum memberikan emoticon jari tengah. 

Tindakan jurujual itu membuatkan Fard berasa tersinggung dengannya. 

"Tahulah nak raya, tak payahlah nak paksa-paksa orang beli barang kau tu, bingai. Tangan aku ni memang sakit tapi setakat nak lempang orang, boleh, InsyaAllah boleh sampai lagi. 

"Tiba-tiba nak marah pula. Kau dah lama tak dapat ke kak? Tahulah bulan puasa, bawa bersabar kak. Malam kan ada kak. 

"Aku nak gelak pun tak boleh, bertambah sakit pula luka ini," seloroh Fard. 



from The Reporter http://bit.ly/30l2eyl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Vo57Le
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...