Pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan bagi mengingatkan masyarakat akan bahayanya rokok. Tetapi masih ada yang berdegil seolah-olah dirinya kebal dan yakin bahawa diri mereka adalah penyumbangkan kepada hasil ekonomi negara dengan membeli rokok.
Dalam perkongsian Dr Mohd Khairil Mustafa, pesakit yang dirawatnya disahkan menghidap kanser COPD tahap empat. Perkara itu hanya diketahui selepas disahkan oleh pihak hospital bahawa benjolan yang muncul di dadanya adalah kanser.
NAK MEROKOK LAGI?
PAKCIK ini berumur dalam lingkungan 60-an. Dalam rawatan klinik untuk penyakit COPD, penyakit yang ada kaitan dengan tabiat merokok dan pakcik ini dulu perokok tegar.
Dua bulan lalu, dia datang ke klinik sebab di bawah dadanya terdapat benjolan kecil yang keras. Selepas diperiksa, dia dirujuk ke hospital untuk biopsy. Nak ambil sampel untuk tengok detail benjolan itu.
Selepas dua tiga hari, saya dapat panggilan dari hospital yang memaklumkan bahawa sel itu adalah sel kanser. Alamak! Saya terus panggil pakcik itu semula dan rujuk dia pada klinik pakar.
Selepas siasatan hospital, rupanya pakcik itu ada lung cancer with skin metastatis, stage four. Fact - cigarette smoking is linked to about 80% - 90% of lung cancer.
Hari ini pakcik ini datang ke klinik sebab benjolan itu dah ada discharge. Dia semakin kurus dan cengkung. Beginilah rupa benjolan itu selepas dua bulan. Hari itu kecil saja. Dalam keluarga dia, tiada seorang pun yang menghidap kanser.
"Kalau saya tahu jadi macam ini, memang dari dulu saya berhenti merokok," katanya.
Namun nasi sudah menjadi bubur. Perkara ini pun sudah terjadi pada pakcik itu. Pastikan apa yang berlaku itu tidak terjadi pada diri dan keluarga kita.
p/s: pakcik ini dah beri keizinan untuk saya ambil gambar dada dia dan beritahu nak tunjuk pada semua orang agar berhentilah merokok.
Semoga Allah mempermudahkan urusan pakcik ini.
Kredit: Mohd Khairil Mustafa
from The Reporter http://bit.ly/2X1IkpY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WhprCh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment