loading...

Sunday 19 May 2019

Kemalangan mungkin berlaku kerana 'Microsleep'


Sabtu lalu, kita dikejutkan dengan pemergian pengasas kecantikan Dnars, Faziani Rohban.  Faziani Rohban, meninggal dunia di Pattani setelah kereta yang dipandu oleh suaminya terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan ini berkemungkinan kerana microsleep. Suami beliau dikatakan 
mengantuk semasa memandu dan merancang untuk berhenti di stesen minyak berdekatan untuk mencuci muka.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat. 

Oleh sebab itu, individu yang memandu terutamanya melibatkan jarak yang jauh, perlu mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan. Ingat orang yang tersayang, dua saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.

KEMALANGAN mungkin berlaku kerana MICROSLEEPING; kerana suami beliau kata memang  beliau mengantuk semasa memandu dan plan untuk berhenti di stesen minyak berdekatan untuk cuci muka.

Tapi belum sempat sampai, Toyota Estima yang dipandu merempuh belakang lori yang berhenti di tepi jalan. Maybe berlaku fatamorgana juga iaitu menyangka lori itu bergerak walhal tak. 


Ok, saya nak tanya. Siapa pernah alami Microsleeping? Saya dah selalu kena tak kira pagi, tengahari, petang dan malam.

Ianya berlaku apabila walau seberusaha mana pun anda menahan mata anda, menampar pipi anda, menyanyi kuat-kuat, minum air, makan biskut untuk melawan rasa mengantuk itu mata anda mahu terlelap jua, seketika!

IANYA JUGA BOLEH BERLAKU DALAM KEADAAN MATA ANDA TERBUKA! 

Apabila itu berlaku, hukumnya memang kena berhenti dan tidur sebentar di tepi jalan kawasan selamat; tidur 5 minit; aircond on tapi cermin kereta diturunkan sedikit untuk keselamatan agar tidak berlaku insiden lain pula.

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat  dan diredhai Allah untuk masuk ke syurga di hari kiamat.  Amin ya Allah.



from The Reporter http://bit.ly/2w7lBwT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2HsDNaR
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...