Undang-undang Arab Saudi telah menetapkan bahawa tindakan memeriksa telefon bimbit pasangan adalah satu kesalahan jenayah dan disenaraikan di bawah akta jenayah siber.
Suami atau isteri yang didapati memeriksa telefon bimbit pasangan mereka untuk mengetahui sama ada pasangan curang atau tidak, boleh dikenakan hukuman penjara setahun, denda 500,000 Riyal (RM558,429) atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menurut sumber perundangan, penalti itu dikenakan terhadap suami atau isteri yang mengakses telefon bimbit pasangan tanpa kebenaran pemiliknya.
Penalti itu menetapkan suami atau isteri yang melakukan kesalahan itu dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda 500,000 Riyal. Namun, sekiranya pelaku hanya memeriksa telefon itu tanpa mengambil gambar atau maklumat di dalam peranti itu, penalti akan dikurangkan.
Peguam dan penasihat undang-undang, Abdul Aziz bin Batel berkata, sebarang jenayah yang melibatkan penggunaan komputer, telefon bimbit dan kamera dikategorikan sebagai jenayah siber dan akan dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: Arab News
from The Reporter http://bit.ly/2WwhtWl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2JFPYU6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment