Seorang kanak-kanak maut terbakar di dalam kereta selepas bermain dengan sekotak mancis yang ditemuinya.
Dalam kejadian di Kozatske, selatan Ukraine, mangsa, Oryna, berusia dua tahun hanya ditinggalkan beberapa minit oleh bapanya, 27, di halaman rumah.
Oryna menemui sekotak mancis, lalu bermain dengan mancis itu dan dipercayai secara tidak sengaja menyalakan api dan batang mancis yang masih menyala itu terjatuh di atas kerusi kereta lalu menyebabkan api merebak dengan pantas.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa masuk ke dalam rumah dan cuba menyelamatnya Oryna. Malangnya sudah terlambat, mangsa telah meninggal dunia.
Olga Safronova, jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Ukraine berkata, kotak mancis dan beberapa batang mancis ditemui dalam kereta.
Pakar Forensik pula berkata, badan mangsa mengalami kecederaan lecur yang agak teruk, selain mengalami keracunan karbon monoksida.
Sementara itu, jurucakap polis, Natalia Mytrofanova berkata, "Bapa mangsa meninggalkan anaknya di halaman rumah dan dia masuk ke dalam rumah seketika.
"Beberapa minit kemudian, apabila dia pandang ke luar tingkap, dia tidak nampak Oryna lalu bergegas keluar dan ternampak keretanya sedang terbakar serta penuh dengan asap sebelum menemui anaknya di dalam kenderaan itu," katanya.
from The Reporter http://bit.ly/2WEECT7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2w23VD4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment