loading...

Monday, 20 May 2019

'Bulan puasa pun depa buat keja terkutuk ni'


Cermin hadapan sebuah kereta pecah akibat dibaling dengan objek keras di flyover PLUS Simpang Pulai, arah selatan. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi Isnin, pemandu kereta itu terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Tidak diketahui sama ada mangsa mengalami kecederaan atau tidak, namun tindakan individu yang melakukan khianat itu dikecam netizen. 





Menurut netizen, kes seperti ini bukan pertama kali berlaku dan kebiasaannya didalangi oleh kanak-kanak atau remaja nakal yang melepak di atas jambatan dan menyasarkan kereta secara rawak terutamanya di waktu malam. 

Para pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati apabila menggunakan lebuh raya. Semoga pelakunya dapat dapat ditangkap dan menerima balasannya di dunia dan akhirat. 




from The Reporter http://bit.ly/2LVL3jW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WeJz8c
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...