loading...

Friday, 24 May 2019

Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Universiti Oxford selepas 120,000 orang tandatangan petisyen


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan telah memulangkan ijazah kehormat dari Universiti Oxford, di Britain selepas negaranya mencadangkan pesalah gay dan zina dikenakan hukuman mati dikritik pelbagai pihak.

Selain dikritik oleh beberapa selebriti Hollywood terkenal seperti George Clooney dan Elton John, satu petisyen juga telah diwujudkan bagi menggesa Universiti Oxford membatalkan penganugerahan ijazah kehormat undang-undang ynag diberikan kepada Sultan Hassanal Bolkiah pada 1993. 

Hampir 120,000 orang telah menandatangan petisyen tersebut yang mula diwujudkan sejak April 2019. 

Universiti Oxford mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat tersebut pada 6 Mei dan oxford masih meneliti semula keputusan penganugerahnya. 

Sumber: Reuters

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2wdokoE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/30DbOg5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...