Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.53 petang Selasa lalu di lokasi yang tidak diketahui, pemandu kereta itu dipercayai telah membunyikan hon kepada dua penunggang motosikal di hadapannya yang bergerak secara beriringan yang menghalang laluan kenderaan lain.
Selepas memotong dua motosikal itu, pemandu meneruskan perjalanan tanpa menduga penunggang motosikal itu mengejar kereta mangsa.
Lelaki itu kemudian memberhentikan motosikalnya secara mengejut di hadapan kereta mangsa yang tidak sempat berhenti lalu terlanggar bahagian belakang motosikal lelaki itu.
Bengang dengan kejadian itu, lelaki terbabit terus menghentak helmetnya pada cermin depan kereta sehingga pecah.
Keadaan itu memaksa mangsa terpaksa mengalihkan kenderaannya ke bahu jalan sebelum lelaki itu datang dan memarahinya.
Namun tidak diketahui apa yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak kerana video yang tersebut tidak mempunyai audio.
Bagaimanapun di media sosial, netizen menyelar tindakan penunggang motosikal itu yang agak keterlaluan sehingga merosakkan kereta mangsa.
from The Reporter http://bit.ly/2HJPn1l
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2MiPqpf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment