Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.40 pagi tadi berhampiran Pejabat Pos Wakaf Bharu, mangsa berusia 57 tahun ketika itu baru pulang membeli-belah bersama suaminya di Pasar Wakaf Bharu.
Mereka kemudian didatangi kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan dan penumpang di hadapan memakai penutup muka dan topi terus meragut beg tangan mangsa.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, suspek yang dianggar berusia 20-an itu menarik beg tangan mangsa yang berada di bahu menyebabkan mangsa diheret sejauh lima meter.
Suami mangsa yang melihat kejadian cuba menghalang peragut itu tetapi gagal sebelum mengejar isterinya yang terseret kerana tidak mahu melepaskan beg tangan itu.
Difahamkan, suspek gagal mendapatkan beg tangan mangsa dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.
Polis kini sedang giat mengesan mangsa dan meneliti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari beberapa premis berdekatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak.
Sumber: Kosmo
from The Reporter http://bit.ly/2HColJb
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WoTf04
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment