Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut terkena renjatan elektrik selepas memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang masih bersambung pada plug (ON), ke dalam mulutnya.
Kejadian itu berlaku pada petang Sabtu di kediaman datuk dan nenek mangsa di Jahangirabad, India.
Difahamkan, Sahwar dan ibunya datang menziarahi ibu bapanya. Ketika kejadian, Sahwar dibiarkan bermain sendirian. Ibunya mencabut telefon yang telah dicas tetapi terlupa memadamkan plug pengecas.
Sahwar yang menyangka kabel itu sebagai mainan kemudian mengambil dan memasukkan ke dalam mulut lalu terkena renjatan elektrik.
Mangsa dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Jurucakap Balai Polis Jahangirabad, Akhilesh Pradhan berkata, ibu mangsa tidak didakwa kerana kejadian yang berlaku adalah kemalangan.
Sumber: Hindustan Times
from The Reporter http://bit.ly/2HLI1Jz
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2JXmbFz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment