loading...

Monday, 27 May 2019

Pemandu Grab hilang sejak Jumaat lalu ditemui sudah tidak bernyawa


"Guys, member aku hilang semalam and might be kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah. Harap tiada apa-apa buruk yang berlaku terhadapnya di bulan ramadhan ini," demikian tweet Azuljailani pada pagi semalam.



Difahamkan, kali terakhir Mohammad Hanafie Jaafar dilihat adalah pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar. 




Dalam laporan Harian Metro, polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang, hari ini. 

Susulan penemuan itu, ahli keluarga pemandu Grab telah dipanggil untuk mengenal pasti mayat berkenaan. 

Menurut tweet terkini Azuljailani, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat mangsa. 

"Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah," tweetnya. 




from The Reporter http://bit.ly/2HWY5rV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2K2aei6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...