loading...

Saturday, 25 May 2019

'Kaki dia hampir putus, dia tak menangis tapi nak berdiri lagi ada'


Sedih melihat keadaan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan kakinya hampir putus akibat dilanggar kenderaan ketika melintas jalan. Mujur ada insan yang baik hati membantu menguruskannya sehingga dibawa ke hospital. 

Menurut Ezzra Ramli, kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri dan mendakwa mangsa tidak melihat kiri kanan sebelum melintas. Atas dasar kemanusiaan, Ezzra berharap ada individu yang sudi tampil menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak itu. 

ASSALAMUALAIKUM. Kejadian ini berlaku di depan mata aku tadi (23 Mei 2019) lebih kurang jam 3.30 petang di depan kedai roti Chempaka Ampangan.

Nama budak ini Amir, darjah enam Sekolah Kebangsaan Rahang, menetap di Dusun Nyiur dan merupakan anak yatim. Bapanya meninggal dunia seperti mana yang dia ceritakan tadi. 

Okey, terus terang cakap, kemalangan ini berlaku di depan mata aku ketika budak ini melintas tak tengok kiri kanan. But it's okey, dah memang nak kena kan. Tapi apa yang buat aku sedih sangat melihat keadaan dia yang memang teruk giler. 

Kaki kiri dia hampir putus beb. Itu yang buat aku kesian sangat oii. Budak ini memang kuat, tak menangis dan mengeluh, tak menjerit langsung. Masa kena tadi, dia lagi nak berdiri ada la. 

So macam ni, sesiapa yang hulurkan sumbangan, bolehlah private message aku sebab esok aku nak pergi melawat dia di HTJ Seremban. InsyaAllah. Nombor phone mak dia pun ada kat aku. 

Aku buat benda ni sebab kesian sangat, sebab benda ini betul-betul terjadi di depan mata aku tadi. Aku yang tunggu dan uruskan apa yang patut sampai ambulans tiba. Bukan sebab nak riak tapi rasa kesian sangat. 

Kalau ada sesiapa yang nak hulurkan sumbangan, bolehlah PM aku. Esok, insyaAllah aku pergi hantar kat mak dia. Niat kerana Allah nak bantu Amir ni. Sampai sekarang pun emak dia tak dapat dihubungi, masuk voicemail. 

Sumber: Ezzra Ramli


from The Reporter http://bit.ly/2X6DibJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2X4rabh
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...