Kerana berasa dirinya tidak dihargai, seorang lelaki bertindak untuk menyebarkan video teman wanitanya yang didapati telah curang kepadanya.Sedangkan selama ini, apa sahaja yang diminta oleh teman wanitanya, semuanya dia tunaikan.
Kejadian yang berlaku di IKEA itu disaksikan oleh orang ramai. Lelaki berkenaan selamba menerjah teman wanitanya keluar bersama lelaki lain. Oleh kerana malu, perempuan itu meminta teman lelaki barunya itu masuk ke dalam mall kerana tidak mahu dia mendengar pertelagahan mereka.
“Aku nak hubungan yang betul-betul, bukan main-main. Aku nak jawapan sekarang.” kata lelaki itu dengan nada tegas.
“Aku tak nak kau. Kenapa kau nak aib aku depan dia?” soal perempuan itu dengan nada marah.
Kecewa dengan jawapan perempuan yang disayangi selama ini, lelaki itu berasakan perempuan itu hanya menganggap dia seperti mesin ATM yang hanya mahukan duit semata-mata tanpa memikirkan hati dan perasaannya.
Apabila disoal beberapa kali, perempuan itu hanya menjawab, dia hanya sayang dan mencintai teman lelaki barunya serta mengaku mengenali lelaki itu dari Instagram sejak dua minggu lalu.
Setelah beberapa ketika, teman lelaki baru perempuan itu keluar untuk mendengar sendiri perbualan mereka mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
Apabila disoal sekali lagi tentang duit, perempuan ini menyatakan duit itu digunakan untuk rakannya bukan dirinya. Dan dia menjelaskan dia memutuskan hubungan selama sebulan itu kerana dia berasakan dirinya dikongkong.
Setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan, perempuan ini mula mengugut untuk menghubungi bapanya untuk memukul lelaki ini. Namun lelaki terbabit berkata, dia tidak takut dengan sesiapa.
Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki cuba meleraikan pergaduhan itu dan menasihati mereka supaya mencari jalan penyelesaian.
"Betina jenis apa kau ni? Sanggup kau nak minta aku RM300 semata-mata nak keluar dengan jantan lain, bukan guna untuk perkara penting.
"Kenapa kau curang dengan aku? Aku dah bagi macam-macam dekat kau. Kau minta apa saja, aku bagi sebab aku sayang kau. Tapi sekarang? Kecewa aku.
"Selamat jantan yang kau bawa keluar ini faham dan tidak melawan. Kalau melawan tadi memang teruk aku belasah.
"Lepas tu kau boleh cakap aku nak aibkan kau pula. Kau tu macam sundal minta duit aku tujuan untuk curang keluar dengan jantan lain. Memang bangsat kau ni betina. Aku Aku viralkan sebab nak beri pengajaran kepada kau Sherea," kata Rul Putra.

Video yang dimuat naik oleh Rul Putra di Facebook ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Dia juga telah memuat naik video bekas teman wanitanya itu memohon maaf dan menjelaskan kejadian yang sebenarnya.
“Patut ke aku maafkan orang yang dah luka kan aku secara mental dan fizikal? Yes, luka kecik je bro. Anak jantan kan. Tapi fikir balik, kalau orang yang kau suka buat kau macam ni? Bukan hati je beb rapuh...” tulis Rul Putra.
Sumber: Anak Felda, Rul Putra
from The Reporter http://bit.ly/2EwunJv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2QjIdDT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment