loading...

Wednesday, 29 May 2019

Kantoi curang, isteri paksa suami bogel & baring atas kereta kalau nak minta maaf


Berang suami curang, seorang wanita membogelkan suaminya dan memaksa dia baring di atas kereta sambil diperhatikan orang awam yang mentertawakannya. 

Terdahulu, lelaki itu yang dikenali sebagai Jairo Vargas, merayu kepada isteri agar dia dimaafkan. Isterinya bersetuju tetapi dengan syarat, Jairo perlu berbogel dan baring di atas kereta. 

Demi menyelamatkan rumah tangganya, Jairo akur akan kehendak isteri walaupun ia memalukan dirinya. 

Keadaan trafik di jalan itu menjadi sesak berikutan ramai pengguna jalan raya yang memberhentikan kereta kerana mahu merakam kejadian itu. Jairo hanya mampu menutup mukanya dengan tuala bagi mengelakkan wajahnya dirakam.  

Difahamkan, si isteri mengetahui Jairo curang dengan perempuan lain di sebuah motel di bandar Caribbean, Barranquilla, Colombia.

Polis kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu lalu bergegas pergi ke lokasi kejadian sebelum menahan Jairo yang disaman kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. 

Pemandu kereta dan Jairo dikenakan denda £120 (RM636.73) kerana melakukan kekecohan di jalan raya.

Sumber: The Sun


from The Reporter http://bit.ly/2YUODwk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2KbEnLZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...