loading...

Wednesday, 22 May 2019

'Tembak monyet kerana suka-suka' - Suspek


Remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas video yang menunjukkan tindakannya menembak monyet viral di media sosial. 

Dalam keterangannya ketika disoal siasat polis, suspek mengaku melakukan perbuatan itu hanya suka-suka sahaja. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di anatara jam 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu di Lambor Kiri, Bota. 

Selepas menembak monyet itu, suspek membuang bangkai haiwan itu ke dalam sungai di Bota. 

Dalam serbuan jam 9.20 malam Rabu, polis turut menahan bapa suspek berusia 54 tahun, pemilik senjata api tersebut. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana menggunakan senjata api di tempat yang tidak dibenarkan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN:


from The Reporter http://bit.ly/2JD64hc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2HvzRGq
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...