Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ulya Aqamah Husamudin menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berjanji akan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan TInggi Nasional (PTPTN) seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Sebaliknya, PH dalam manifestonya pada PRU14 yang lalu adalah mahu memastikan bayaran PTPTN ditangguhkan sehingga gaji peminjam mencapai RM4,000.
Jelas beliau, PH bukannya Pakatan Rakyat (PR) dulu yang berjanji mahu menghapuskan PTPTN. PH yang kini katanya telah membina satu polisi baru dan memastikan PTPTN dapat terus bertahan dalam memberikan bantuan kepada generasi akan datang meneruskan pengajian.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang, tidak mungkin akan mencapai pemansuhan PTPTN. PH tak pernah janji hapuskan PTPTN. Dalam manifesto PH, kita akan cuba untuk memastikan bayaran PTPTN ditangguhkan hingga RM4,000.
"Dengan keadaan ekonomi dan hutang negara, satu mekanisme baru telah dikeluarkan oleh PTPTN. Tetapi mekanisme ini tidak adil dan ia dibantah oleh Armada dan Pemuda PH.
"Alhamdulillah, ia telah dibawa kepada Kabinet dan menangguhkan keputusan PTPTN tersebut," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-94 berjudul PTPTN: Bayar ke tak? hari ini.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2HkUOVG
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2CkdbFQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment