loading...

Saturday, 9 March 2019

'Housemate pengotor gila, nasi basi disimpan sampai berulat!'


'Duduk sebumbung, kepala lain-lain' itu adalah perkara biasa apabila duduk menyewa dengan orang lain. Walaupun begitu, itu bukanlah alasan untuk menjadi pengotor kerana setiap manusia telah dididik sejak dari kecil lagi agar mementingkan aspek kebersihan yang juga melambangkan keperibadian diri. 

Dalam perkongsian dari followers di Instagram, alangkah jijik dan geli melihat gambar yang dikongsikan, membuatkan tekak berasa loya serta-merta. 

"Salam Min. Nak suruh keluarkan topik pasal housemate yang terlampau pengotor. Tengok gambar ini, nasi sampai berulat-ulat.



"Saya senior dalam rumah ini dan baru habis praktikal. Diroang pula baru masuk dan kini dah sem 4. Lagi 4 sem saya kena hadap perangai pengotor diorang. 

"Saya dah banyak kali cakap, tetapi (mereka) langsung tak nak dengar. Dah makan, dia longokkan semua pinggan mangkuk dan tunggu sampai ulat keluar barulah dia basuh. 

"Rumah bersepah-sepah. Kalau kemas, sekejap saja bertahan. Dan yang palng sakit hati, dia suka bawa member datang ke rumah untuk melepak dan memekak sampai tengah malam buta. 

"Diorang tu semua student tetapi perangai macam apa... Sampai dapur pun ada tikus tau min. Saya kadang-kadang nak memasak bila masuk ke dapur terus hilang pendoman. Serious! 




"Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang boleh membuatkan min muntah hijau. Tetapi saya dah delete sebab saya sendiri pun tak sanggup nak simpan," katanya. 

Menurut followers yang tidak mahu didedahkan nama ini berkata, dia pada awalnya gembira menerima kehadiran rakan serumah, tetapi lama kelamaan terasa malang pula bilamana masing-masing sudah mula menunjukkan perangai yang sebenar. 

"Lama-kelamaan terasa malang pula nasib kerana perangai mereka yang sangat pengotor dan tiada adab. Boleh dikatakan peralatan dapur semua milik saya seperti sudu, pisau, kuali dan periuk nasi elektrik. Tetapi mereka langsung tidak menggunakannya dengan cermat.

"Tambahan pula nasi yang basi dibiarkan berulat dan busuk. Boleh bayangkan ulat sampah yang sudah terbiar lama dan menjadi kering serta hitam. Begitulah rupanya di dalam periuk nasi itu. 

"Sampai satu tahap saya terpaksa sorok semua alatan memasak. Selepas, diorang confident je tanya dalam group rumah sewa ke mana pergi semua barang itu.

"Saya terus terang saja, kalau dah sampai tahap ulat pun dah gemok, takkan nak biarkan saja benda itu digunakan oleh diorang. Baik simpan saja. Saya nak guna pun tak selera sebab teringat pada ulat.

"Kemudian dia balas, 'Oh bukan itu semua owner rumah punya ke? ke nak pusing cerita cakap kau punya?'. Nampak? Punyalah tak ada rasa alu. Sudahlah guna barang orang, tak dijaga, kemudian nak gaduh pula tentang barang itu.

"Tidak cukup dengan itu, mereka kerap membuat bising dan mengganggu tidur malam housemate yang lain. Bawa kawan luar datang ke rumah sesuka hati tanpa meminta izin. Bila api dengan air yang menyewa saja bayar. Yang menumpang itu pula macam mana?" katanya. 

Sudah puas memberi teguran, malangnya tidak dipedulikan dan perangai mereka langsung tidak boleh diubah. 

"Muka nak lawa, make up nak tebal, flawless, boyfriend ramai, kacak dan kaya tetapi diri sendiri tidak terjaga. Kita kan sama-sama perempuan, duduk di satu rumah. Kebersihan haruslah diutamakan. Nak cantik biarlah bermula dari kebersihan," katanya. 

Bukan mudah hendak mengubah perangai orang yang sudah terbiasa hidup dalam keadan kotor. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, buat saja aduan kepada pemilik rumah sewa yang akan mengambil tindakan lanjut. 


from The Reporter https://ift.tt/2XJqtF3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2VH2bK2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...