loading...

Thursday, 7 March 2019

'Gaji dia sudah dibayar penuh' - Che Ta nafi dakwaan aniaya bekas pemandu, tegas ambil tindakan saman


Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta baru-baru ini memuat naik luahan tidak puas hatinya terhadap Che Ta di laman Facebook. 

Lelaki itu mendakwa dia telah dianiaya oleh Che Ta di mana gajinya tidak dibayar, malah mendakwa suami Che Ta, Zain Saidin telah mencabarnya untuk menggunakan kuasa viral di media sosial. 

"Sedih rasa hidup kita kerja penat siang malam gaji tak dibayar. Semoga Allah balas apa yang kau sudah buat pada aku. Aku haramkan setiap penat lelah aku dari pagi sampai ke malam kau tak nak bayar gaji. 

"Aku bukan nak buka aib kau tapi suami kau yang cabar aku, siap cakap kuasa tular siapa lagi kuat. Jangan sampai tak ada orang nak ambil aku kerja lagi, dia cakap," tulis lelaki terbabit. 

Bagaimanapun, Che Ta mendakwa dia telah membayar gaji bekas pemandunya itu berjumlah RM2,000. Kesal dengan tindakan lelaki itu, Che Ta menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana melemparkan fitnah terhadapnya. 

"Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini. Tapi kami akan ambil tindakan tegas dengan apa yang dia sudah lakukan itu iaitu mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan. 

"Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga mahu mengemukakan saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka," memetik laporan dari Harian Metro. 

Dalam pada itu, Che Ta turut mendedahkan bekas pemandunya itu tidak menunjukkan prestasi kerja seperti yang diharapkannya berbanding dua bekas pemandunya yang sebelum ini rajin dan baik. 

"Dia banyak habiskan masa dengan membuta. Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau," katanya. 

Difahamkan, bekas pemandunya itu juga menjadi pemandu Grab pada sebelah malam sehingga lewat pagi yang dipercayai menjadi punca dia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. 

Che Ta menjelaskan dia tidak melarang sekiranya lelaki itu mahu melakukan pekerjaan lain, tetapi jika pekerjaan itu menjejaskan tugas hakikinya sehingga tidak menepati masa, dia tidak dapat lagi memberi muka. 

"Dari awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang dan dalam seminggu pun adakalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari," katanya. 

Che Ta tidak percaya bekas pemandunya tergamak menulis luahan yang viral di media sosial itu dan mengesyaki ada pihak yang cuba menghasutnya berbuat demikian. 

"Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan serta orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu," katanya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2HkiIQn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2C8m4Cl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...