loading...

Wednesday, 11 July 2018

Tak nak guru berkecil hati, pelajar tahfiz izinkan seks oral


Seorang guru tahfiz di sebuah sekolah tahfiz di Hulu Kelang, Selangor, ditahan reman selama seminggu kerana didakwa melakukan seks luar tabii (oral) terhadap pelajar lelaki, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 14 tahun itu tampil membuat laporan polis yang mendakwa suspek berusia 21 tahun melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya sejak Mei lalu. 

"Kejadian itu berlaku sejak Mei lalu di sekolah tahfiz berkenaan. Guru terbabit meminta untuk melakukan seks oral seks terhadap mangsa, namun ditolak pelajar berkenaan. 

"Bagaimanapun, mangsa kemudian membenarkan guru berkenaan melakukan seks oral terhadapnya secara rela kerana tidak mahu suspek berkecil hati. 

"Perbuatan itu sudah berlaku lima kali sejak Mei lalu," katanya. 

Sebelum laporan polis itu dibuat, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya di Johor apabila pulang ke kampung pada 26 Jun lalu. Semenjak dari kejadian itu, mangsa memaklumkan dia takut kembali semula ke sekolah tahfiz berkenaan. 

"Suspek ditahan di sekitar daerah ini dan akan direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) hingga 17 Julai nanti bagi membantu siasatan," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. 


from The Reporter https://ift.tt/2uq8xSe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KTJnGM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...