loading...

Wednesday, 11 July 2018

1,812 kes HFMD di Johor


Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan sebanyak 1,812 kes di Johor sejak Januari hingga ke hari ini. 

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu meningkat lebih dari jumlah kes tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 1,505 kes. Statistik yang direkodkan juga menunjukkan Johor antara negeri yang mencatatkan peningkatan yang tinggi bagi kes HFMD. 

"Bagaimanapun, orang ramai dinasihati supaya tidak bimbang kerana penyakit yang biasanya dihidapi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ini mudah dirawat dan mudah baik.

"Salah satu faktor yang menjadi punca kepada penyakit virus ini adalah soal kebersihan dan ia mudah berjangkit.

"Maka, masyarakat, khususnya ibu bapa perlu peka. Sekiranya anak-anak ada mengalami simptom penyakit ini tidak penyakit tersebut, tidak perlu dihantar mereka ke sekolah atau taska dan kerjasama semua pihak amat perlu," katanya.

Terdahulu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang mengarahkan 10 buah taska di negeri itu ditutup berikutan peningkatan kes HFMD yang mencatat 1,555 kes sejak tahun ini berbanding 1,050 kes yang dicatatkan pada tahun lalu. 

Dalam laporan terkini, dua buah sekolah di negeri itu diarahkan ditutup berikutan muridnya dijangkiti penyakit HFMD.

Sekolah berkenaan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shih Chung (cawangan) dan Sekolah Antarabangsa Tenby. 

Selain dua sekolah berkenaan, enam buah kelas di SJCK Phor Tay diarahkan ditutup juga. 

BERITA BERKAITAN: 


from The Reporter https://ift.tt/2zrVh5f
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2N9AWDA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...