Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau yakin kerajaan baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menunaikan janji berkenaan.
"Saya tahu implikasi kalau harga minyak diturunkan kepada RM1.50," katanya.
Dalam laporan MalaysiaKini, PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membentangkan manifesto yang ada menyentuh mengenai isu harga petrol dan diesel. Berdasarkan manifesto yang dikemukakan, ikrar yang buat adalah menstabilkan harga bahan bakar itu serta memperkenalkan semula skim subsidi bersasar.
Namun pihak pembangkang baharu pula mendakwa PH menjanji harga minyak turun sekiranya berjaya menawan Putrajaya, adalah tidak benar dan menyimpang jauh dari manifesto yang dibentangkan PH sebelum ini.
Bagi mengaburi rakyat, pihak berkenaan juga menularkan klip video yang memaparkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berjanji akan menurunkan harga minyak sehari selepas Pakatan menawan Putrajaya. Tetapi klip video itu diragui kerapa klip itu dipercayai dibuat sebelum PRU13 pada 2013 lalu. 'Pakatan' yang dirujuk oleh Rafizi dalam video tersebut ketika itu adalah Pakatan Rakyat, bukannya Pakatan Harapan.
Menurut Najib, janji yang ditabur oleh PH dalam manifesto PRU14 pada 9 Mei lalu hanya bersifat dongeng yang bertujuan mempengaruhi pengundi dan menyalahkan pengundi muda terpengaruh dengan janji itu menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam PRU14.
"Saya berani bertaruh pada orang-orang kita, saya berani bertaruh cerita minyak turun RM1.50 seliter itu satu cerita dongeng sahaja. Tapi malangnya orang muda kita, pengundi pertama (kali) tak dapat lihat lebih mendalam daripada itu," katanya.
Sementara itu netizen menyelar kenyataan Najib yang dianggap cakap tidak serupa bikin. Ini kerana ketika BN menjadi kerajaan, banyak kenyataan yang dikeluarkan menteri kabinetnya juga tidak boleh dipercayai terutamanya mengenai pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Harga minyak kekal pada RM2.20 setakat ini dah bersyukur. Masa BN, harga minyak macam jual ikan kembang. Lepas tu, menteri-menteri BN sombong, siap suruh rakyat makan kangkung, ikut jalan kampung dan paling aku benci sampai hari ini ada menteri BN pernah kata kalau tak suka kerajaan BN, boleh keluar negara. Macamlah Malaysia ini bapak dia yang punya.
"Najib dulu pun menipu, kononnya laksanakan GST takkan menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Sekali dah dilaksanakan, rakyat pula yang terpaksa menanggung derita. Bila BN kalah, Najib jaja lagi cerita mansuhkan GST boleh bangkrapkan negara. Tetapi negara masih stabil hingga ke hari ini.
"Rakyat dah bagi peluang kepada Najib untuk jelas pelbagai isu, tetapi tiada tindakan. Mahu jawab dan sengaja membiarkannya menjadi tanda tanya. Sekarang bila rakyat dah tolak BN yang gagal memberi respon kepada rakyat, tiba-tiba mereka jadi pembangkang yang banyak pula bercakap. Sudahlah Najib, rakyat tahu siapa pembohong dan siapa yang benar-benar mendengar keluhan rakyat." kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2uoh0Gg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LfZH3G
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment