Cyst bukan penyakit tetapi ia selalu dihidapi oleh golongan wanita muda. Selain itu, kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom-simpton tertentu dah hanya diketahui apabila seseorang individu itu melakukan pemeriksaan ultrasound.
Meskipun cyst ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Baru-baru ini, Hariza Azmi berkongsi mengenai cyst dan menasihatkan golonga wanita tidak mengambil atau mengamalkan sebarang makanan tambahan yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketumbuhan cyst.
TIGA tahun lepas, aku operate buang cyst. Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.
Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan.
Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Never girls! Dalam badan kita dah ada estrogen (rasanya macam aku dengar estrogen). Makan lagi suppliment akan menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat, cyst ini asalnya dari hormon.
2. Jangan minum soya, nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu. Itu doktor yang beritahu, bukan aku.
4. Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang.
5. Amalkan pemakanan yang sihat
Tolong buat checkup sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Jangan kau berani beri alasan, "Alaaa malu laa. Kelau kena dengan doktor lelaki macam mana?". Aku jawab, "Abah kau! Malu konon.".
Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu.
Sumber: Hariza Azmi
from The Reporter https://ift.tt/2LSSX9d
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LSTub5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment