loading...

Saturday, 28 July 2018

Isteri jual suami kepada pelanggan lelaki dipenjara 2 tahun, denda RM56,157


Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan denda Rp200 juta (56,157) oleh mahkamah di Surabaya, Indonesia, baru-baru ini selepas didapati bersalah kerana menjual suaminya sendiri di media sosial. 

Panel hakim yang diketuai Harijanto berkata, tertuduh, Veronita, 20 didapati tersalah berdasarkan bukti yang dikemukakan dan layak untuk dihukum mengikut undang-undang pemerdagangan manusia. 

Terdahulu, pendakwa raya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda Rp800 juta (RM224,637). Namun hakim mengurangkan hukuman berkenaan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan itu dijalankan. 

Difahamkan, perbuatan Veronita itu terbongkar selepas polis menyerbu sebuah bilik di Hotel Sparkling, Jalan Kayoon, Surabaya, pada Januari 2018. 

Ketika serbuan, polis telah menahan Veronita dan suaminya berusia 24 tahun bersama dengan lagi lelaki yang dipercayai pelanggan mereka. 

Veronita juga dilaporkan menubuhkan satu kumpulan di Facebook yang menawarkan suaminya untuk aktiviti seks dengan bayaran antara Rp300,000 (84) hingga Rp500,000 (RM140). 

Veronita mengakui melakukan perbuatan itu bagi mendapatkan wang kerana mereka mengalami masalah kewangan, selain mengaku mereka baru saja menjalankan aktiviti itu sebanyak empat kali. - Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2K4olQj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NQzrus
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...