loading...

Sunday, 22 July 2018

Berang disuruh keluar cari kerja, anak tetak leher bapa


Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak dengan pisau pemotong daging oleh anak lelakinya yang berang ditegur untuk mencari pekerjaan, lapor Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi kelmarin di sebuah unit pangsapuri di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah, mangsa berusia 54 tahun cedera di bahagian leher terpaksa menerima 14 jahitan di kiri dan empat jahitan di sebelah kanan lehernya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1.

Difahamkan, mangsa menegur suspek berusia 19 tahun keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan. Malangnya, suspek berang dengan bapanya terus tercetus pertengkaran di antaran mereka sebelum suspek bertindak agresif dengan menetak leher mangsa menggunakan pisau pemotong daging. 

Mangsa pada awalnya dikejarkan di Hospital Tuaran untuk rawatan, namun dipindahkan ke HQE 1 untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. 

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Negeri, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pihaknya menerima laporan pada hari yang sama. Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran telah berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.

Polis juga merampas sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan oleh suspek warga Filipina, bersama dengan barang-barang rampasan turut dibawa ke IPD Tuaran untuk tindakan lanjut. 

Saringan ujian air kecing terhadap suspek menunjukkan suspek negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


from The Reporter https://ift.tt/2LAfevG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zWRixV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...