Usianya baru 13 tahun, namun masih depannya sudah dihancurkan oleh lelaki sebaya bapanya. Bermula dari ringan-ringan, akhirnya terjebak sehingga melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Akibatnya, remaja ini mengandung.
Perkongsian dari laman Facebook Baitus Solehah ini, bukan biasa-biasa. Banyak berkongsi kisah dan cerita wanita yang dianiaya lelaki tidak bertanggungjawab. Cerita dikongsi bukan cerita kosong, namun meminta orang ramai khususnya ibu bapa sedar dan tidak mengabaikan anak-anak mahupun perempuan atau lelaki.
INI mangsa pedo. Budak ini di-grooming dari sebelum dia ambil UPSR. Bila mencapai umur 13 tahun, dia dah disahkan mengandung.
Budak ini happy saja sebenarnya sebab dia tidak tahu akan akibatnya. Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ini babak akhir setelah mangsa terkulai manja.
Kasihan tak? Budak kecil ini dah kendung anak. Ini gambar yang saya rakam sewaktu dia mahu memandikan anaknya. Terpaksa berjengket sebab dia masih rendah. Pendek, ketinggian masih belum cukup. Masa mengandung, sedih tengok budak kecil ini perutnya terjungkit ke depan.
Di sini mereka perlu belajar berdikari, kena uruskan anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, beri tunjuk ajar supaya budak ini melakukannya dengan betul.
Apa yang ibu-ibu rasa bila tengok budak berusia 13 tahun mengendung anak? Adik ke anak? Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak. Air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu.
Masih ada empat mangsa pedo yang belum bersalin. Dua orang budak dah melahirkan anak. Inilah bukti pedo semakin bermaharajalela. Tahun lepas saja sudah berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.
Ibu-ibu, janganlah lena. Jangan sibuk dengan kisah Husna. Bangun, bangun.
Sumber: Opah semakin tua, Mak Liza
from The Reporter https://ift.tt/2mQ2xi7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LZ1ck7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment