Vicha atau nama sebenar, Refika Novianti Faturohman, 28, merupakan anggota kumpulan Saywho yang sudah beberapa kali bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM).
Semenjak kariernya semakin mendapat perhatian dan banyak menerima tawaran drama dan telefilem di Malaysia, Vicha dikatakan telah menetap di Malaysia sejak 2016 berbanding sebelum ini kerap berulang alik dari Jakarta - Kuala Lumpur.
Namun di sebalik kesibukannya itu, rupanya ada yang mengambil kesempatan dan mengkhianati rumah tangganya yang telah lama dibina.
Dalam klip video yang dimuat naik oleh Faiz Ibrahim, Vicha meluahkan apa yang dilaluinya dalam progam "Di balik tawa' ketika itu di mana dia kesal suaminya curang dengan rakannya yang diberi kepercayaan selama ini.
💔 Dia percayakan sahabat baiknya dan akhirnya, suami dia curang dengan sahabat baiknya sendiri.— The Faiz Ibrahim (@thefaizibrahim) July 12, 2018
Sebab itu kita kena hati-hati dan jangan terlampau senang percaya. 🙂 pic.twitter.com/f6o6F2fo75
"Apabila saya tinggalkan anak-anak di rumah, saya fikir dia (suami) ada untuk jaga. Saya biar dia jaga, saya minta tolong dia. Alhamdulillah saya dapat panggilan dari Malaysia. Rupa-rupanya, setiap kali saya pergi ke Malaysia, suami saya curang dengan sahabat saya sendiri, sahabat yang saya percaya.
"Apabila saya berada di Malaysia, dia yang jaga anak-anak saya, tolong jaga rumah dan saya percayakan dia. Tetapi kawan-kawan saya yang lain sudah kata,
"Lihat, mereka curang dengan awak"
"Saya tak rasa perasaan sayang seorang ayah. Saya tidak mahu anak saya melalui semua itu. Jadi, saya tutup mata walaupun dia curang dan dia keluar dengan perempuan lain dan buat apa-apa pun. Yang penting kami tidak bercerai.
"Saya fikir suami saya benar-benar pergi kerja. Rupa-rupanya dia bersenang-lenang tinggal di rumah sahabat saya. Perempuan itu kaya, jadi dia yang beri makanan kepada suami saya.
"Duit wang suami saya beri kepada saya sebanyak RM30 atau RM50 itu juga daripada perempuan itu. Perempuan itu ada hantar pesanan kepada saya,
"Awak apa khabar? Awak makan atau tidak? Kalau tidak, saya ke sana dan beri awak duit."
"Saya masih percayakan dia tetapi di belakang mereka berdua menipu saya. Ada lelaki seperti itu? Ada dan ini realiti.
Difahamkan, tiga anak-anaknya yang masih kecil kini dijaga oleh ibunya, sementara Vicha mencari rezeki di Malaysia untuk menyara keluarganya. Vicha juga selalu mengirimkan wang RM3,000 sebulan kepada keluarganya untuk membeli barang keperluan dan belanja persekolahan anak-anaknya.
from The Reporter https://ift.tt/2NNOPZr
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zCRAtD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment