Sebelum ini, Suhaimi Saad dikecam oleh netizen dan juga pakar perubatan apabila dia telah memuatnaik status di Facebook membuang ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital kepadanya. Perbuatan tersebut dianggap netizen sebagai seorang rakyat yang tidak bersyukur meskipun kita sudah sedia maklum bahawa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital kerajaan bukan lah murah. Seorang doktor juga telah tampil memberikan teguran dengan tindakan Suhaimi itu.
Kali ini pula, seorang wanita kecewa dengan sikap seorang individu yang telah membuang bungkusan ubat yang masih elok. Difahamkan ubat-ubatan tersebut telah dibuang ke dalam dasar laut. Berdasarkan bungkusan ubat terbabit, tertera nama Farmasi Hospital Melaka.
Walaupun pelbagai alasan yang diberikan tentang pembuangan ubat tersebut, individu terbabit tidak sepatutnya bertindak sedemikan kerana lebih ramai lagi masyarakat di luar sana yang memerlukan rawatan dan ubat-ubatan.
AMBIL CARA BAIK, KEMBALIKAN CARA BAIK
Kisah semalam, terjumpa satu bungkusan ubat. Dicapai dan dibuka bungkusannya,masih elok. Di dalamnya ada enam papan. Nampak seperti tak terusik pun. Tarikh luputnya pada bulan Mei 2019.
"Hmmm..ubat mahal ni," omelku geram.
Menurut Mr. G, kos bagi satu papan ubat tu lebih kurang setahun kos ubat darah tinggi dan berkemungkinan mahal lagi. Sebungkus ubat di dalam bungkusan tu boleh diibaratkan membeli telefon bimbit.
Tetapi, cuba bersangka baik, mungkin tuannya tercicir dan bila dicari tak jumpa. Kemungkinan juga beliau dah meninggal dunia dan keluarganya dah buang ke laut supaya ikan-ikan dan penyu sihat walafiat. Dan kita pun makan ikan-ikan dan hidupan laut yang sihat itu. Yayyy!! Alasan lain juga mungkin tuan empunya ubat ni dah patah hati dan kecewa tak mahu makan ubat lagi dah.
Apapun alasannya, kenapa la tak dipulangkan saja ke hospital? Dah rasa tak perlu, pulangkan. Mungkin ada yang lebih memerlukan. Bukan ikan.
Sumber: Marie Mylite
from The Reporter https://ift.tt/2LbdLMP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2uO7fRa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment