Pemilik kambing membuat laporan polis terhadap lapan lelaki yang didakwa merogol kambing betinanya yang hamil secara bergilir-gilir sehingga menyebabkan haiwan itu mati.
Lapor The New Indian Express, kejadian itu berlaku pada 25 Julai lalu di Mewat, Haryana, India dan tiga daripada suspek telah dikenalpasti, manakala lima lagi suspek masih belum diketahui dan dipercayai sedang bersembunyi dari ditangkap pihak polis.
Pemiliknya, Aslu, berkata, kesemua suspek yang terlibat dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika melakukan perbuatan itu.
"Mereka ambil kambing saya pada waktu petang dan dibawa pergi ke sebuah rumah usang. Salah seorang daripada mereka mengalami masalah mental.
"Apabila saya memberitahu mereka yang saya akan buat laporan polis terhadap mereka, mereka tidak peduli dan berkata terpulanglah saya nak buat apa pundan mereka tetap akan melakukan perbuatan itu.
"Malah mereka tidak takut untuk dipenjara kerana mendakwa mereka mempunyai banyak kenalan dengan orang-orang yang berkuasa.
"Mereka cuba mencabul kambing betina itu di halaman. Saya minta pertolongan dan orang kampung tangkap dan belasah mereka. Namun selepas lapan jam kemudian, mereka kembali untuk menculik dan merogol kambing saya," katanya.
Polis telah menjalankan bedah siasat terhadap bangkai kambing itu dan rumah suspek juga telah digeledah.
Kesemua suspek akan didakwa mengikut Akta Kanun Keseksaan India dan Akta Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1960.
from The Reporter https://ift.tt/2LC3utq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OpNng6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment