Kehidupan kini boleh dikatakan seratus peratus bergantung kepada jaringan internet. Keperluan ini sudah tiada batasan usia mahupun pangkat. Dunia tanpa sempadan ini juga telah menenggelamkan aktiviti sosial masyarakat.
Tidak dapat dinafikan internet banyak memberikan manfaat kepada masyarakat tetapi jika salah digunakan juga membawa kemudaratan terutamanya kepada kanak-kanak. Ibu bapa, perlu memainkan peranan penting memantau segala aktiviti anak-anak agar perkembangan mereka sentiasa dapat kita ikuti.
Maryam Aziz melahirkan kerisauannya melalui perkongsian di Facebook apabila dia terkejut melihat lukisan yang dilukis oleh kawan kepada anak saudaranya berbaur lucah. Dia juga tidak menyangka kanak-kanak yang baru berusia lapan tahun sudah terdedah dengan perkara yang sedemikian.
MARYAM rasa tak nak kongsikan cerita ini sebenarnya tapi terasa macam selfishnya Maryam jika simpan sendiri. Setelah berkali-kali menimbang tara, Maryam kongsikan juga supaya kita ibu bapa awasi anak kita.”
Semalam kami golongan wanita (adik beradik) berbincang hangat dalam group whatsapp. Selalunya kami sembang tentang shopping baju, tudung, masakan, kisah anak-anak dan sebagainya. Tapi perbincangan semalam buatkan Maryam rasa sakit kepala stress sehingga ke hari ini.
Semuanya gara-gara gambar ni. Gambar ini bukan Maryam ambil dari mana mana random posting. Gambar ni adalah colouring book milik anak saudara perempuan Maryam. Katanya kawan sekelasnya (budak lelaki) yang lukis. Lalu bila balik ke rumah, ditunjuk kepada mamanya. Sangat disturbing. Umurnya? Mereka baru darjah dua, 8 tahun.
Peredaran zaman telah membuatkan aktiviti kanak-kanak telah terbatas.
Haritu Maryam saja buat survey di kalangan kawan kawan facebook Maryam. Apa yang kalian buat di umur 7 tahun dulu? Saat itu Maryam rasa terganggu bila tahu ada yang bercinta seawal umur 7 tahun dan berkahwin di umur 11 tahun. Seingat Maryam di umur begitu masih sibuk bermain batu seremban dan getah zero point.
Hari ini Maryam cuba fikir kembali apa agaknya yang Maryam buat dulu diumur 8 tahun. Rasanya masih gigih mengumpul duit raya untuk beli anak patung barbie dan main monopoly. Tapi zaman sudah terlalu banyak berubah. Sampaikan Maryam rasa tak sempat untuk kejar perubahan ini.
Sebagai ibu, tiada siapa yang dapat menafikan perasaan risau tentang keadaan anak-anak.
Saya selaku ibu kepada dua anak lelaki, risaunya tidak tertanggung. Tambah lagi dengan Faheem yang sudah bersekolah. Dan pagi tadi Maryam luahkan untuk kesekian kalinya kepada abang (setelah memanjangkan incident ini kepada abang),
"Inilah sebab kenapa ayang tak nak bagi Faheem pergi sekolah biasa. Allah bagi rezeki, kita dapat hantar ke sekolah yang lebih kecil bilangan sekelas dan dapat dipantau rapat oleh cikgu".
"Sekarang ni ayang tak tahu apa yang Faheem buat di sekolah, tak tau apa yang disembangkan dengan kawan-kawan, tak tahu apa yang ditonton pada skrin handphone kawan.. semua ayang tak tahu."
Rasa risau, rasa kecewa. Meskipun di rumah kami memantau apa yang mereka tonton di televisyen, masih rasa seperti ingin buang TV dari rumah supaya tidak ada ruang untuk mereka terdedah dengan bahan lucah. “
Itu semua Maryam suarakan kerana kerisauan yang teramat sangat. Tapi Maryam sendiri tahu, pisau ada banyak manfaat. Tapi jika tersalah potong, jari sendiri yang luka. Adakah itu bermaksud kita perlu hidup tanpa pisau? Bukan salah sekolah, bukan salah tv, bukan salah internet.
Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak dan berhenti menyalahkan keadaan sekeliling sebagai punca perkara ini berlaku.
Berhenti menyalahkan dan ambil langkah penjagaan. Berikan perhatian kepada anak kita. Kepada kecenderungannya. Semak buku sekolah dan buku contengnya. Pantau apa yang mereka lihat di tv dan internet. Lihat bahan bacaan mereka. Kenali dengan siapa mereka berkawan. Selalu berkomunikasi dengan mereka dan korek tentang cerita mereka ketika di luar pengawasan kita. Berikan didikan agama. Wujudkan rasa takut Allah. Berikan didikan seks yang sesuai dengan umur. Dan sentiasalah berdoa supaya Allah memelihara mereka.”
Untuk kes tadi, setahu Maryam ibunya seorang yang berkerjaya elok. Tapi Maryam tak tahu bagaimana background keluarganya. Dan Maryam tak tahu punca dia jadi begitu. Tapi insyAllah situasi ini akan diperpanjangkan kepada ibu bapanya.
Mommy risau sangat rasa macam nak homeschool anak-anak. Agaknya kalau dapat anak perempuan, memang Maryam tak bagi pergi sekolah terus. Nak keluar rumah wajib dengan mommy.
Sumber: Maryam Aziz
from The Reporter https://ift.tt/2Nhac4n
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JiT8bz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment