Mangsa yang dikenali sebagai Li berkata, dia tidak menyedari isterinya datang menyerang dari belakang sebelum organ terpenting dalam kehidupan seorang lelaki itu terputus dari badannya.
Sebelum kejadian, mangsa berada dalam keadaan tanpa seurat benang sedang mengosok giginya pada pagi Sabtu di dalam bilik mandi di kediaman mereka di Fengcheng, wilayah Jiangxi dan secara tiba-tiba isterinya datang dan menggunting kemaluannya.
Terkejut dengan tindakan isterinya, Li yang berada dalam kesakitan cuba menghentikan pendarahan dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
Doktor berjaya menyambung semula alat kemaluan Li, namun memberikan amaran bahawa terdapat kesan sampingan yang berisiko tinggi. Menurut doktor, sekiranya alat kemaluan Li tegang secara tiba-tiba, ia boleh mengganggu saluran darah.
Selain itu, Li mungkin tidak dapat lagi menikmati hubungan seks walaupun alat kemaluannya berjaya disambung semula.
Difahamkan pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.
Menurut laporan media tempatan, Li mendakwa kerja baharunya telah membuatkan isterinya berasa curiga dengan segala apa tindak tanduknya sehingga melarang dia untuk tidak bercakap di telefon atau senyum dengan mana-mana perempuan yang ditemuinya di tempat kerja.
Li juga mendakwa, sikap isterinya yang keterlaluan itu juga pernah menyebabkan mereka bertengkar.
from The Reporter https://ift.tt/2uZXgZ9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2mHXmks
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment