Seorang bayi lelaki berusia enam bulan diculik dan dibakar sebelum mayatnya dibuang di landasan kereta api di Louisiana, minggu lalu, lapor Daily Mail.
Mangsa, Levi Cole Ellerbe diculik pada 17 Julai lalu selepas dua suspek datang ke kediaman keluarga itu pada jam 9 malam dan menyembur sejenis cecair di wajah ibu mangsa, Hanna Barker.
Dalam keterangan kepada polis, Hanna berkata dia terus berlari untuk menyelamatkan dirinya dan sebaik saja dia pulang ke rumah, dia mendapati bayinya telah hilang.
Polis berkata, pihaknya terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa sebaik menerima laporan dari Hanna. Malahan, pihak polis turut mendapatkan bantuan anggota tambahan.
Malangnya, kurang dari 90 minit selepas Levi dilaporkan hilang, polis dimaklumkan mengenai kebakaran kecil berhampiran landasan kereta api di mana mereka menemui seorang bayi lelaki yang melecur teruk akibat terbakar.
Levi yang dalam keadaan kritikal kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Natchitoches tetapi dilaporkan meninggal dunia pada Rabu kerana kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut individu yang menghubungi talian kecemasan 911, Kanika Johnson, berkata, dia menyangka ada kebakaran yang dimulakan oleh kanak-kanak.
"Saya cuma nampak api, tak nampak sesiapa atau apa-apa. Saya sangka budak-budak bermain api.
"Saya terus menghubungi polis dan meminta mereka segera datang atau menghantar seseorang untuk memadamkan api tersebut sebelum ia merebak.
"Pada keesokan harinya, baru saya tahu rupanya bayi yang dibakar," katanya.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek, Felicia Marie-Nicole Smith, 25, yang didakwa membunuh Levi.
Tidak dapat dipastikan jika Felicia dan Hanna mengenali antara satu sama lain secara peribadi, tetapi kedua-duanya mempunyai pertalian sebagai kawan di laman sosial Facebook.
Levi yang mempunyai tiga beradik perempuan iaitu Brookelaine, Elizabeth dan Nevaeh, dikebumikan pada hari Jumaat. Juga tertera di batu nisannya:
"Bayi yang paling bahagia dan mempunyai senyuman yang menawan. Dia banyak menghabiskan masa bermain dengan adik beradik dan sepupu terutamanya aktiviti riadad di luar, menonton PJ Masks, permainan video bersama Uncle J.
"Dia juga menyayangi haiwan dan tidak takut meletakkan tangannya pada anjingnya, Rex, selain suka menarik telinganya.".
from The Reporter https://ift.tt/2Auq7dM
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Am1hNc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment