"Kepada bekas suami dan pasangannya, terima kasih tak terhingga sebab hidup bahagia dalam penderitaan saya," demikian tulis wanita ini yang akhirnya sudah tidak mampu mempertahankan rumah tanggannya yang dikhianati oleh bekas suaminya.
Segalanya bermula apabila lelaki itu berhubung dengan orang ketiga yang tidak diundang. Diluah, diaib, diburukkan isterinya sendiri kepada orang ketiga yang sanggup menadah telingga mendengar semua itu. Malah, si isteri pernah dijatuhkan talak beberapa kali. Lebih teruk lagi, orang ketiga itu sanggup menjadi madunya.
Namun apakan daya, si isteri sudah tidak mampu lagi bertahan lalu mengambil langkah mengundur diri jika keputusan itu akan memberi kebahagiaan kepada suaminya untuk hidup bersama pasangan barunya. Biarlah dia pergi katanya, kerana dia enggan berebut.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SO today is the day, jatuh lagi talak kepada saya (yang ke-3). Mungkin semua ini Allah sudah aturkan. Allah pinjamkan dia sekejap untuk saya. Allah nak uji saya bertemu dengan awak dengan dia. Orang yang seronok melihat saya sengsara dan teraniaya, malah ditipu hidup-hidup.
Terima kasih untuk tujuh tahun kita bersama. Harap dapat halalkan makan dan minum saya. Maaf sebab banyak menyusahkan hidup awak. Maaf sebab tak pernah membahagiakan awak. Maaf sebab tak pernah jadi isteri yang terbaik untuk awak. Maaf sebab tak jadi yang terbaik seperti dia yang awak sentiasa cakap sebelum ini.
Dia baik, sabar dan pandai menjaga awak. Maaf sebab tak setuju untuk dia menjadi madu saya walaupun dia sanggup. Saya lagi sanggup berikan awak terus kepada dia tanpa perlu berebut-rebut. Saya tak pernah melutut, merayu dan menangis mahupun ugut mengugut pada wak. Tetapi awak pun tahu sebaliknya, kan?
Bila awak nak dia, awak burukkan dia. Bila awak nak saya, awak burukkan dia. Siap screenshot bagai nak beri bukti kepada saya yang dia suka mengungkit bagai. Tak baik tau! Kemudian saya pun pada masa itu percaya. Hahaha! Bodoh betul.
Selama perkahwinan kita, saya tak pernah menghalang awak nak pergi berkawan dengan sesiapa, lepak, konvoi bagai, saya tak kisah. Saya sentiasa percayakan awak. Maaflah kalau selama awak banyak hobi, saya tak pernah 'support' awak. Saya sibuk menjaga anak-anak kita dan maaf sebab tak pernah menyumbangkan wang untuk support awak seperti isteri kepada kawan-kawan awak. Awak selalu puji isteri kawan-kawan awak bagus. Saya ini hanya sekadar surirumah tak buat apa-apa. Masak, basuh membasuh memang hamster yang buatkan pun.
Ramai jugalah yang kata saya bodoh kerana beri banyak sangat peluang kepada awak. Bagi awak rujuk saya semula banyak kali sampai dah habis talak. Semuanya sebab masa mula-mula kita ambil keputusan nak berkahwin, kita bukan kena paksa. Kita berkahwin atas dasar suka sama suka, atas pilihan sendiri.
Saya fikir untuk anak-anak kita. Jadi, saya fikir semua orang ada buat salah dan saya fikir awak takkan buat lagi dan takkan curang di belakang saya. Setiap kali bergaduh ke, awak dah cari bekas teman wanita awak atau memburuk-burukkan saya pada keluarga awak. Kalau awak masih ingat, awak pernah mencari Elin (kalau tak silap nama), sebelum adanya Nabila. Cuma bezanya Elin ini tak melayan mana sebab ada teman lelaki dan sekarang pun mereka sudah berkahwin.
Dulu saya selalu memaafkan awak di atas apa yang awak pernah buat pada saya, pernah kata macam-macam pada saya. Asalkan awak tak ada perempuan lain, asalkan awak tak curang di belakang saya. Tetapi sekarang lain, awak terus ada pengganti dan pengganti itu dengan bangganya mahu menggantikan tempat saya. Ambillah, semoga semuanya berkekalan ke syurga. Pengganti itu ada dari mula-mula talak sampailah yang ketiga. Ha, amekkaw!
Saya harap sangat awak bertemu bahagia yang awak selalu kata awak tak dapat semasa hidup bersama saya. Tak sangka pula anak-anak kita bukan bukti kebahagiaan. Dan awak cakap awak banyak berlakon saja buat-buat bahagia di depan kawan-kawan awak dan di depan keluarga saya dan awak. Awak buat-buat sweet semua itu tak ikhlas pun. Apalah saya ini tak perasan langsung.
Dalam perkahwinan kita, saya banyak syok sendiri rupanya. Bodoh betul. Saya banyak berubah dari Ebie turn to babi. Saya banyak marah-marah pun awak tak pernah faham kenapa. Yang pasti pinggang mangkuk periuk tak pernah terbang. Saya bukan jenis begitu. Saya cakap ayat terlebih sikit pun saya jadi tempoyaklah selepas itu. Tak berani kau. Masa hamilkan Qasyfi enam bulan, naik ambulans. Tak kelakar okey.
Perkahwinan mana yang tak ada perang, gaduh, ribut taufan, tsunami? Tanyalah sesiapa pun semua pasangan bertemu punyalah bahagian yang tak best. Tapi beza dia ada sidechiks ke tak? Haha. So, bahagian saya tak bernasib baik, maka hadirlah satu wanita bujang bekerja di tingkat 19 di apartment rumah saya.
The best part is, masa itu rumah saya di tingkat 17 saja. Haha! Beza dua tingkat saja dan pernah bertembung dengan dia dalam lif okey! Dia mungkinlah kan masa itu nak jadi 'penasihat free' untuk awak, akhirnya kecundang jatuh cinta pula.
Baguslah kan awak dengan dia tak pernah putus asa untuk kembali bersama walaupun awak dah buat dia macam-macam, dia kata awak macam-macam. Jodoh kuatlah agaknya. Akhirnya yang menjadi mangsa penceraian juga adalah saya. Mula-mula memang sakit hati, sekarang mestilah hati masih sakit juga. Yelah, masa nak bersungguh, masa tak nak kena buang macam sampah. Tapi Allah Maha Adil, jadi kita biar saja Allah selesaikan semua ini.
Semua yang buruk datang dari saya kan? Tak pernah ada yang baik. Saya ni nak kerja salah, tak kerja salah. Nak berniaga online salah, banyak benda yang salah. Tetapi akhirnya saya juga yang tak pernah berkorban apa-apa untuk awak. Akhirnya awak mencari yang bekerja sebab pandai tanggung diri sendiri, berdikari dan boleh support awak.
Awak nak berkahwin dengan dia secepat mungkin kan? Jadi, selamat pengantin baru, semoga awak berbahagialah dengan dia, jadi ketua keluarga yang bagus, mencari rezeki dan memberi nafkah sebaik-baiknya. Semoga tiada lagi baran dan mulut pedas-pedas. Semoga awak tak buat dia seperti mana awak buat saya. Tak baik, berdosa. Semoga awak berdua puas hati dengan apa yang berlaku kepada saya sekarang.
Jangan lupa anak-anak walaupun dah beberapa minggu awak tak call anak-anak. Terbalik pula, saya yang tak nak anak-anak lupakan awak sebab Nabila pernah berpesan jangan jadi macam ayah dia buat dia masa kecil dan sampai sekarang. Jangan pisahkan ayah dengan anak-anak. Jangan lupa beri nafkah anak-anak ye.
Maaf lagi sekali sebab terlampau membodohkan diri untuk awak. Saya tak pernah menjadi isteri yang baik dan menantu yang baik untuk ibu bapa awak. Tak pernah menjadi kakak ipar yang baik untuk 10 orang adik beradik awak.
Harap selepas ini semuanya dah selesai. Aib-aib awak yang selebihnya (lebih ekstrim) biarlah saya simpan. Kalau diceritakan pun tak berkesudahan juga, jadi perang dunia. Belum bahagian peristiwa di hotel di Kuantan. Bahagian bilik naura, beriba beriban. Eh sorry. Haha! Stop! Stop!
Ramai yang tanya saya kenapa tak pergi serang perempuan itu? Kenapa tak bantai kaw-kaw ke? Kan tahu perempuan itu kerja di mana, muka macam mana, kenapa tak pergi cari? Jawapan saya, buat apa? Dah lagi seorang yang seronok melayan, dia yang biarkan diri dia hanyut disondol. Syok bercinta katakan. Kalau saya pergi serang, pukul pun tak jadi juga sebab mereka akan terus bercinta. Segalanya tengah manis, buat penat, buang masa dan kudrat saja kalau pergi serang.
Kisah saya dengan Intan, Ude dan Izreen Azminda tak jauh beza. Cuma Intan itu cukup baik nak bermadu tetapi masih dicerai juga. Saya tak hadaplah nak bermadu. Kalau mampu pun tak nak juga. Ini tak mampu, lagilah kan? Boleh buat novel kan cerita saya ini? Banyak lagi sebenarnya nak cerita tapi tak apalah. Doakan saya dengan anak-anak menjalani kehidupan yang baik ye semua.
Pesanan untuk isteri di luar sana, kadang-kadang apa yang kita buat contohnya seperti memasak, jaga pakaian, jaga tempat tidur dan macam-macam lagi tetapi bagi suami, apa yang kita buat tak kena. Kemudian asyik nak mencari kesalahan. Jangan jadi seperti saya, terlampau percaya pada bekas suami. Saya boleh kira dengan jari check phone dia beberapa kali sebab tak nak salah faham. Akhirnya?
Dan kepada perempuan bujang di luar sana, bila dah tahu lelaki itu suami orang, elakkanlah. Elakkan, jangan jadi seperti ini. Elakkan dari menjadi perampas. Ya, mulamula memang niat nak berkawan biasa, teman berbual, penasihat tidak berbayar tetapi percayalah, lama kelamaan akan kelaut juga. Apa yang seronok entah bila rasa diri itu menang? Rasa diri itu berjaya dapat hak milik yang dulunya milik orang lain? Entahlah, malas nak cakap panjang. Kaum sendiri yang perangai luar biasa begini.
Saya paling tak suka bila awak pusing cerita kononnya awak yang teraniaya, perangai saya buruk, saya begitu begini, habis cerita luar dalam semua. Alahai, cukup-cukuplah. Sepatutnya mulut membawang ini beri kepada perempuan saja, bukan lelaki ye. Saya berharap suatu hari nanti ibu bapa awak berhenti menyalahkan saya, pandang hina pada saya dan tahu tentang kebenarannya juga.
Kepada Danial H***** dan Nabila A******, terima kasih tak terhingga sebab hidup bahagia dalam penderitaan saya. Sekelip mata awak kutip, sekelip mata juga awak buang macam sampah.
Sumber: Syuhaidah Ebie
from The Reporter https://ift.tt/2NQhqNT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JsgUlx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment