loading...

Tuesday, 31 July 2018

(Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu


Sudahlah Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah pula namanya terpalit dengan pelbagai skandal yang mencemarkan imej BN, tidak menghalang bekas Presiden UMNO itu untuk membahan pemimpin Pakatan Harapan secara terbuka. 

Dalam laporan Free Malaysia Today baru-baru ini, Najib memperlekehkan perlantikan dan kelayakan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan, di hadapan hadirin dalam sebuah program BN di Sungai Kandis. 

"Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai (topi) beret pun macam kartun, naik kapal perang cakap nak buat kari ikan. 

"Awak ini menteri pertahanan, cakap pasal dasar pertahanan negara, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf menteri pertahanan, ini joker, ini kartun," katanya.


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu bagaimanapun enggan melayan kenyataan Najib yang mempersendakannya itu dan mencabar Najib membuat kenyataan yang sama di Dewan Rakyat. Malah katanya, kenyataan Najib itu umpama tumbuk bawah pusat dan tidak budiman (pengecut). 

"Komen di luar saya tak mahu jawablah. Saya nak jawab (kalau) komen dalam parlimen. Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk di bawah pusatlah (pengecut). Macam tu tak gentleman lah. Marilah komen dalam ni," katanya.


Mohamad berkata, masih terlalu awal untuk beliau membuat komen mengenai kemampuannya sebagai menteri pertahanan.

"Saya baru dua bulan jadi (menteri), nak menilai seseorang yang dua bulan itu, belum tiba masanya.

"Tumpuan saya pada kementerian pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai, tunggu dan lihat," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen turut tampil mempertahankan Mohamad dan menyelar tindakan Najib yang dianggap tidak sedar diri. 


"Sekurang-kurangnya Mat Sabu tak songlap duit rakyat, tak tipu rakyat, tak bunuh anak orang, tak pergi shopping naik private jet kerajaan keliling dunia, tak main golf di overseas semasa rakyat susah, tak fitnah orang, tak jual negara kepada negara asing, tak memalukan negara, tak tunduk pada negara asing, tak serahkan kedaulatan negara kepada orang luar, tak simpan duit dan intan berlian berserta beg Hermes, Birkin dan Bijan di rumah, tak kedekut walau coklat kena rembat dan yang paling penting tak takut bini," kata Fareed Husin.



from The Reporter https://ift.tt/2Oxcv4G
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2v4PvSl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...