Sebelum kahwin, sudah menjadi kebiasaan untuk bakal menantu cuba mengenali keluarga pasangannya. Sama ada boleh menerima atau sebalik, itu bergantung kepada pembawakan diri masing-masing. Namun, ada juga yang selalu menasihatkan agar tidak mudah menilai terlalu awal kerana sebelum berkahwin, semuanya indah. Selepas berkahwin?
Bukan mahu menakutkan pasangan yang bakal berkahwin, tetapi sebagai persediaan awal bagi anda memahami bakal mertua. Kisah yang dikongsikan oleh @cikmessi ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada rakan baiknya sendiri. Bukan semua ibu mertua begitu, mungkin hanya segelintir sahaja.
KAWAN aku baru berkahwin, ada masalah dengan mak mertua dia. Sebelum kahwin, mereka rapat sangat. Memang baik sangatlah kawan aku cakap. Boleh masuk bila berborak pasal apa-apa semua. Tetapi bila dah kahwin, dia dah mula tunjuk belang dia.
Selepas kahwin, kawan aku pindah mengikut suami dia, which is rumah flat, berjiran pula dengan mertuanya sendiri pulak tu. So mak mertua dia ni selalu la keluar masuk rumah.
Beberapa hari sebelum raya, diorang ada buat kuih raya. Kawan aku pula terlupa nak tutup bekas itu, jadi lemaulah kan? Kemudian mertua dia perasan dan bising-bisinglah sebab kuih raya dia lemau.
Kawan aku ni cubalah pujuk dia, belikan makanan, bayar balik kuih yang dia rugi itu tetapi semuanya tak jalan. Mertua dia masih juga tarik muka, perli-perli, mengungkit pasal kuih lemau tu.
Next, baru-baru ini dia ada buat open house. Keesokannya mertua dia masuk rumah kawan aku dan maki hamun dia.
"Sial! Menantu tak guna! P***mak!.." dan lain-lain lagi bad words.
Sebab apa? Sebab air manis terkena dinding semasa open house. Dia maki hamun kawan aku tu macam dah terbuat dosa besar je.
Then, BFF kawan aku dari Perak datang beraya di rumah dia dan mertua dia pun sibuk nak menyembang juga. Itu tak jadi hal lah. Yang menjadi masalahnya, dia menyampuk dan memalukan menantu dia sendiri di depan tetamu. Contoh:
"Haa, jangan jadi macam Kiah ni, membuta je kerja," katanya dengan nada perli.
Kalau ye pun tak suka, janganlah bercerita kepada tetamu begitu. Biadab gila. Bila balik ke kampung pun sama juga, dia memalukan, perli, mengungkit di depan keluarga sebelahnya. Mulut makcik ini Ya Allah, sungguhlah biadab sangat.
By the way, kalau mertua dia tu nak buat apa-apa atau nak ajak bergaduh dengan kawan aku ni, mesti semasa suami dia tiada di situ. Kawan aku pula tak nak ceritakan perkara itu kepada suaminya. Akibatnya, semakin menjadi-jadilah perangai orang tua itu.
Mertua dia siap cakap, "Korang berambuslah cepat-cepat. Aku tak nak tengok muka korang lagi."
Apa bendalah perangai makcik ini Ya Allah. Kawan aku tu sudahlah hamil, mertua paksa dia buat semua kerja. Kalau tak buat, ditengking, diungkit, dimaki hamun pula nanti.
Makcik ini membuatkan kawan aku stress. Nak je aku sound sedas kat makcik ini. Aku tak boleh terima yang dia maki-maki kawan aku itu, "Sial, p***mak, bodoh, tak guna," semua dia keluarkan.
Aku dengan kawan aku itu pun tak pernah bodoh-bodohkan sesama diri. Tetapi ini mak dia sesuka hati dia saja bodohkan menantu sendiri. Haihhh!
Sumber: @cikmessi, @firmohamed
from The Reporter https://ift.tt/2NqSIU0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ze8GxM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment