loading...

Thursday, 5 July 2018

'Dia goncang dan ketuk kepalanya kerana asyik selalu menangis sebelum tiba-tiba senyap' - Saksi


"Anak beritahu, dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap," demikian kata Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36, bapa kepada kanak-kanak yang turut di bawah jagaan pengasuh yang menjaga bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, 5 bulan, lapor Berita Harian

Menurut Zian, dua anaknya iaitu Ahmad Hayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah suspek sejak dua minggu lalu. Namun pada hari kejadian, isterinya, Norita Abdul Wahab, 40, datang menjemput anak mereka pada jam 6.30 petang dan suspek tidak nampak gelisah atau bingung. 

"Apabila saya pulang ke rumah kira-kira jam 10 malam, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya, pagi semalam. 

"Sebaik bangun dari tidur kira-kira jam 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu. Hayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sejak pagi sebelum tiba-tiba senyap," katanya. 

Difahamkan, Norita mengenai pengasuh terbabit melalui Facebook dan bersetuju menggunakan khidmatnya untuk menjaga kedua-dua anaknya dengan upah RM650 sebulan. Dalam tempoh dua minggu itu, anak-anak mereka tidak pernah mengadu apa-apa, malah Hayyan memberitahu wanita itu selalu memberi mereka makan nasi ayam sehingga berat badan anaknya bertambah. 

"Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan takut pada masa sama kerana kejadian itu boleh terjadi kepada anak-anak saya," kata Zian yang turut mendedahkan Hayyan pernah didera oleh pengasuh sebelum ini. 

Zian mengakui, kejadian yang menimpa Adam Rayqal itu membuatkan mereka bimbang mahu menghantar anak kepada pengasuh dan kini terpaksa menjaga kedua-dua anak mereka secara bergilir-gilir meskipun dia dan isterinya bekerja. 

"Buat masa ini, saya dan isteri bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak saya sementara menunggu mendapat pengganti pengasuh baharu," katanya.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mayat Adam Rayqal ditemui dalam bahagian sejuk beku dalam peti ais rumah pengasuh berusia 33 tahun itu di Jalan Nakhoda Kiri, Batu Caves, Selangor. 

Suspek dan rakan serumahnya ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


from The Reporter https://ift.tt/2KUpDhO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2z8PD7Q
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...