Sebagai suami atau ketua keluarga, perlulah menggalas tanggungjawab mencari nafkah bagi menyara hidup keluarga. Tidak molek jika tanggungjawab itu diserahkan pula kepada isteri. Di zaman serba serbi moden ini, masih ada juga segelintir suami mengabaikan tanggungjawab menyebabkan si isteri terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut.
Itulah yang berlaku pada confessor ini, yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak bekerja dan mengambil kesempatan ke atas isterinya yang bergaji besar. Tak boleh duduk lama, tak boleh berdiri lama, hanyalah alasan.
INI kisah, bukan kes curang atau apa. Tetapi ini kisah tentang lelaki yang malang. Saya seorang suami yang sangat malang.
Bini saya bekerja di bandar, manakala saya tidak. Bukan kerana saya pemalas, tetapi disebabkan saya mengalami masalah kesihatan. Walaupun tidak tenat, tetapi sakit juga ba, kan. Sudah dua tahun saya tidak bekerja, bini saya asyik marah-marah saja.
Saya tidak boleh duduk lama di kerusi sebab punggung saya sakit. Saya juga tidak boleh berdiri lama, sebab kaki saya sakit. Berdiri kejap bolehlah. Keluar rumah merokok, itu saja. Selepas itu masuk rumah balik. Duduk kejap boleh, kalau makan, kalau baring makan tercekik juga saya, kan.
Bini kata saya memilih kerja. Dia tidak tahan mau menanggung saya, dengan kos sara hidup yang tinggi. Saya minta bini beli rokok pun, dia dah berkira.
Kelmarin, dia cakap bila dia masak saya tak tolong pun dia. Kemas rumah pun tak tolong dia. Ambil anak pun tak tolong. Cuci pakaian pun tidak. Akibatnya, anak sulung menjadi mangsa kemarahannya.
Saya suruh anak sulung buat sebab umurnya 10 tahun sepatutnya sudah pandai berdikari dan menjaga adiknya.
Setiap bulan, saya cuma minta RM300 untuk keperluan saya seperti rokok, kredit dan untuk belanja 'minum' kalau bosan. Tetapi bini mengamuk, sedangkan dia bergaji besar.
Dia kata, bagus hantar saya ke kampung. Tapi saya tak boleh duduk lama-lama di kereta sebab punggung saya sakit. Jadi saya di rumah sajalah.
Apa cadangan tuan puan di sini dengan sikap/perangai bini yang memperlakukan saya sebegini?
Sumber: Kisah RUmah Tangga Borneo (KRTB)
REAKSI NETIZEN
"Saya cadangkan kau minta bungkus sajalah kalau tidak boleh duduk di kereta. Lepas itu minta kirim di kampung. Pos Laju kan ada?
"Kalau masih boleh berdiri pergi merokok, duduk time mau makan, bukan masalah kesihatan itu. Kau pemalas. Sebab kau bilang gaji bini besar. Badukang!
"Kau ada buasir ka ini? Kalau sakit, pergi berubat. Bukan sampai dua tahun kau baring-baring di rumah," tulis Alya Ayeesha.
from The Reporter http://ift.tt/2wZ4rk0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zcq8h4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment