KOTA BHARU, KELANTAN - Tergamak seorang peniaga kedai makan mencederakan isterinya sehingga patah bahu kanan hanya kerana ditegur memindahkan pendingin udara ke rumah madunya, Julai lalu, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 8.45 malam 16 Julai lalu di rumah pasangan itu di Kampung Gelam Gong Serapa, Pasir Puteh, mangsa, Shahaba Che Lah, 44, tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya, Samsol Kamal Basri, 50, memindahkan penghawa dingin ke rumah madunya.
Pasangan itu kemudian bertengkar dan tertuduh mengheret isterinya dari katil sebelum memijak bahu kanan, dada dan tangan kiri mangsa yang mengakibatkan bahu kanannya patah, selain sakit belakang kepala dan dada.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan, tertuduh mempunyai tiga orang isteri dan mangsa adalah isteri pertamanya.
Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan, bagaimanapun mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Hakim Nazri Ismail kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun penjara terhadap Samsol dan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 18 Julai 2017.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.
"Saya mohon ringankan hukuman kerana saya menghidap angin ahmar dan mengalami masalah penglihatan," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukannya.
"Sebagai suami, dia sepatutnya melindungi mangsa, bukan mencederakannya. Saya mohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2kHmTMh
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yd4rk2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment