loading...

Wednesday, 25 October 2017

Bapa bunuh diri secara 'live' di Facebook kerana anak perempuannya memilih untuk berkahwin tanpa kebenarannya


TURKI - Seorang lelaki mengambil keputusan untuk membunuh diri secara live di Facebook kerana anak perempuan telah memilih untuk berkahwin tanpa kebenarannya, lapor Daily Mail. 

Ayhan Uzun, dari Kayseri, Turki, sebelum itu berkata sesuatu pada kamera sebelum mengacu pistol di kepalanya sendiri. 

Lelaki berusia 54 tahun itu kemudian menarik picu dalam kiraan 1-3 selepas mengucapkan kata-kata terakhirnya. 

"Selamat tinggal. Saya akan pergi. Jaga diri awak baik-baik." 

Selepas tembakan dilepaskan, Uzun terus terjatuh ke atas lantai kediamannya.


"Saya buat live streaming malam ini dan ini adalah wasiat saya di mana saya tidak mahu sesiapa yang datang di hari pengebumian saya," katanya. 

Difahamkan, Uzun yang ketika itu bersendirian di rumah hanya mengetahui anak perempuannya sudah bertunang selepas dimaklumkan melalui panggilan telefon. 


"Di hari bahagia (pertunangan) anak saya, mereka menghubungi saya memaklumkan perkara itu. Tiada sesiapa pun yang bertanya tentang saya. Tiada sesiapa yang melayan saya seperti seorang lelaki. Bapa mertua saya yang tiada hak untuk membenarkan anak saya berkahwin telah menggantikan tempat saya. 

"Tiada sesiapa pun yang kata bapa kepada perempuan ini masih hidup. Walaupun saya menunggu anak perempuan dan keluarga berkata, 'Marilah ayah, sertai kami'.

"Isteri saya call dan memberitahu tentang pertunangan itu. Saya kata, kenapa dia tidak datang memberitahu saya dan katanya, mereka tidak dapat datang melawat. 

"Mungkin ada segelintir dari kamu yang menganggap perkara ini biasa. Saya tidak mahu sesiapa pun yang melalui perkara yang saya sedang lalui ini. 


"Sebentar lagi saya akan tamatkan kehidupan saya dengan pistol yang berada di tangan saya ini," katanya. 

Dalam masa yang sama, rakan-rakan Facebook merayu agar Uzun tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Namun Uzun tidak peduli dan tekad meneruskan niatnya. 

Difahamkan, ahli keluarganya segera pulang ke rumah dan menemui mayat Uzun. 

Polis kini sedang melakukan siasatan dan mayat Uzun telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. 


from The Reporter http://ift.tt/2gH8Wgb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2z4vlvj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...