PUTATAN, SABAH - Viral di media sosial, seorang wanita mendakwa anak saudaranya yang berusia 14 tahun telah diculik oleh tiga lelaki yang memakai topeng di kawasan perumahannya petang tadi.
Dalam kejadian jam 3 petang di Taman Limauan Kinarut, ibu saudaranya, Rina Raihana berkata, mangsa disuruh oleh ibunya untuk membeli kuih di gerai yang berhampiran.
"Tiba-tiba datang sebuah kereta Toyota Hilux berwarna hitam terus berhenti di depan dia. Tiga orang lelaki yang tidak dikenali dan memakai topeng menarik dia masuk ke dalam kereta.
"Dalam kereta itu, anak saudara saya sempat melawan berhabis-habisan dengan melawan mereka sehingga badan, tangan, kaki, perut dan paha mengalami luka dan calar akibat terkena pisau serta kuku penculik terbabit," katanya.
Bagaimanapun, mangsa berjaya membuka pintu dan terus terjun dari kereta itu di kawasan Kampung Madang Kinarut dan meminta bantuan dari ahli keluarganya yang datang ke lokasi pada jam 5 petang sebelum dibawa ke balai polis.
Rina berkata, anak saudaranya tidak sempat memerhatikan nombor pendaftaraan kenderaan penculik, namun memaklumkan terdapat pistol dan parang dalam kereta mereka.
"Syukur dia selamat. Nasib baik dia tak pengsan sebab mulut dia ditutup dengan sapu tangan tanpa ubat pengsan. Sila berhati-hati semua. Sekarang polis masih menyoal siasat mangsa," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2yZE2mT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ybwWMx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment