SEGAMAT, JOHOR - Gara-gara gambar anggota polis peronda didekati seorang wanita seksi ketika dalam waktu bertugas, dua anggota Unit Kereta Peronda terbabit dikeluarkan dari unit tersebut serta merta, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan tatatertib sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian itu.
Bagaimanapun katanya, dua anggota berkenaan masih kekal di IPD Segamat, tetapi bertugas di bahagian lain sementara siasatan lengkap dijalankan.
Difahamkan dua anggota berkenaan pada waktu itu sedang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Segamat sebelum didatangi wanita berpakaian seksi dipercayai warga asing.
Pada masa yang sama, seorang daripada rakan wanita itu merakam gambar tersebut sebelum di muat naik dan tersebar di media sosial.
Ini merupakan kejadian kedua yang membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor yang dikenakan tindakan tatatertib selepas tujuh anggota termasuk pegawai IPD Muar ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor semalam.
Mereka dikenakan tindakan apabila video berdurasi sembilan saat yang viral di media sosial mendakwa mereka berada di satu pusat hiburan bersama tauke mesin judi di Muar.
from The Reporter http://ift.tt/2gpMVPN
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hWSw3n
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment