Dalam laporan Harian Metro, Rusdzi berkata, imam itu sendiri telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Zaidah Mansor dan menangis apabila melihat keadaan rumahnya yang penuh dengan sampah.
"Itu juga mendorong saya untuk membantu wanita ini. Saya akan melakukan apa sahaja untuk membantu pesara kerajaan ini yang saya anggap seperti kakak sendiri," katanya.
Menurut Rusdzi, selepas berbincang dengan pihak PPIM, mereka dijangka akan membersihkan rumah Zaidah pada hari Ahad ini dengan bantuan sukarelawan dan juga Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Kita akan mengeluarkan semua sampah dan membersihkan rumah berkenaan. Manakala Zaidah akan dihantar ke pusat rawatan sementara untuk mengubati kakinya yang bengkak," katanya.
Rusdzi menjelaskan, tujuan dia mendedahkan kisah warga emas itu bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sebagai pengajaran dan juga membuka mata masyarakat sekitar agar mengambil peduli jiran tetangga.
"Kali pertama menjejakkan kaki ke rumah Zaidah, saya langsung tidak menyangka ada orang yang tinggal bersama longgokan sampah-sarap yang menimbul dalam rumah gelap seorang diri.
"Rumah Zaidah juga mengalami kerosakan sistem pendawaian dan setiap hari hidupnya bergelap tanpa elektrik. Bayangkan di tengah ibu kota masih ada lagi yang hidup susah," katanya.
Berita berkaitan:
Berita berkaitan:
from The Reporter http://ift.tt/2xhsP4z
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2kloo2o
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment