loading...

Tuesday, 3 October 2017

Anak tertolak gear 'D', kereta terbabas dalam parit


PARIT BUNTAR, PERAK - Akibat meninggalkan anak dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, sebuah kereta terbabas masuk dalam parit, semalam. 

Dalam kejadian 7.21 petang semalam di hadapan Klinik Kesihatan KM Batu 1 Tanah Kebun, pemilik kereta Nissan Serena telah meletakkan kenderaannya itu di tepi jalan sebelum keluar dan meninggalkan anak perempuan dengan keadaan enjin yang masih hidup. 

"Secara tidak sengaja, anak masuk gear auto D menyebabkan kereta terus terbabas dan masuk ke dalam parit," kata saksi yang berada di tempat kejadian. 

Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.




Gambar kejadian itu juga turut viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan ibu atau bapa berkenaan yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta bersendirian. 

"Selalu sangat tengok ibu bapa yang suka meninggalkan anak mereka sama ada di atas motosikal atau dalam kereta. Kenapalah mereka ini 'bijak' sangat? Mujur budak itu selamat dari sebarang kecederaan," kata Naqui. 

"Kalau nak tinggalkan anak sekejap pun, pastikan gear berada di 'P', bukannya berada di 'N'. Ini mesti kes driver letak gear di 'N' menyebabkan anak dia main atau tertolak gear itu ke 'D', lalu terbabas dalam parit," kata Sarah. 




Justeru, golongan ibu bapa dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah dengan meninggalkan anak-anak kecil dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Sebalik, bawalah anak-anak keluar bersama dan itu lebih selamat daripada air mata membasahi pipi mengenang kesilapan yang sepatutnya dapat dielakkan. 


from The Reporter http://ift.tt/2hLgVcb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2kiO4Nj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...