loading...

Tuesday, 3 October 2017

Anak nyaris dilarikan penjenayah selepas ditinggalkan bapanya dalam kereta untuk ke tandas


JITRA, KEDAH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun nyaris dilarikan penjenayah yang mencuri kereta bapanya, semalam, lapor Bernama.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa di stesen minyak Taman Mahsuri, bapa mangsa berusia 33 tahun berhenti seketika di stesen tersebut untuk pergi ke tandas di belakang stesen dengan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan. 

Lelaki itu hanya menyedari kereta Honda Civic dan anak perempuannya tiada selepas keluar dari tandas, kira-kira lima minit kemudian. Namun dia berjaya mengesan anaknya semula selepas ternampak kanak-kanak itu sedang menangis kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian. 

Meskipun anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, mangsa kehilangan komputer riba, wang tunai RM1,000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan dalam kereta bernilai RM80,000.




Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pemerhatian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira berhenti mengisi minyak di stesen minyak tersebut sebelum salah seorang daripada suspek pergi ke tandas stesen minyak di belakang premis tersebut. 

"Selepas meninjau kawasan sekitar, suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu. Manakala dua lagi suspek yang berada dalam Proton Wira menyusul di belakang kereta tersebut sebelum suspek meninggalkan anak mangsa tidak jauh dari situ," katanya. 




Siasatan awal mendapati, kereta Proton Wira yang dinaiki penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang, kelmarin. 

"Polis berjaya mengenalpasti salah seorang dari suspek yang terlibat dan dia didapati memiliki banyak rekod jenayah berkaitan curi kenderaan," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2xQTiWg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2xQUWqJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...