loading...

Monday 2 October 2017

'Itu bukan saya!'


KUALA LUMPUR - Bekas peserta Akademi Fantasia (AF)m Anding atau nama sebenar, Anding Indrawani Zaini, 34, menafikan dirinya adalah lelaki dalam rakaman video lucah (sejenis) yang tersebar di laman Tumblr. 

Lapor Malay Mail Online, Anding menegaskan lelaki dalam rakaman itu bukan dirinya kerana hidung mereka ternyata tidak sama. 

"Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tetapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya. 

"Saya masih boleh berfikiran waras dan tidak akan melakukan perkara yang tidak senonoh seperti itu," katanya. 

Ekoran penularan gambar dan rakaman tersebut, Anding akan membuat laporan polis dan berharap masyarakat tidak menuduhnya mengamalkan gaya hidup songsang hanya kerana dirinya masih belum berkahwin dan kerap ke gimnasium. 

"Mungkin atas sebab itu mereka juga menyangka saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan. 

"Saya akan ambil tindakan dan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah dan kerjaya seni saya. Tambahan pula sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah lelaki seakan-akan saya, sekarang video pula," katanya. 

Sebelum ini, pelakon baharu, Eyka Farhana juga turut menjadi mangsa fitnah individu yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya adalah wanita yang berada dalam rakaman video lucah tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Eyka tampil menafikan dakwaan itu dan telah membuat aduan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta laporan polis.

Dalam kenyataannya hari ini, Eyka menggesa pihak berkuasa menahan individu-individu yang terlibat dalam menyebarkan rakaman fitnah itu. Namun begitu, pihak SKMM hanya dapat membantu memadamkan video itu dari terus tersebar di media sosial.

Eyka juga mendakwa dia juga masih menyimpan salinan paparan skrin beberapa individu yang mendakwa kononnya mereka mempunyai bukti bahawa wanita dalam video itu adalah Eyka. Salinan paparan skrin itu juga telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. 


from The Reporter http://ift.tt/2fKKFWb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2g49d9f
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...