loading...

Sunday, 1 October 2017

Peniagaan terjejas, pengasas Imadi Pet akan saman pasangan suami isteri RM2.5 juta


KUALA LUMPUR - Susulan perniagaan terjejas ekoran video viral pasangan suami isteri yang mendakwa dianiaya dan ditipu Imadi Pet Global Sdn Bhd, pengasasnya, Ismail Mohd Ali, akan memfailkan saman terhadap pasangan berkenaan sebanyak RM2.5 juta, lapor Harian Metro

Ismail berkata, tindakan pasangan berkenaan menularkan klip video mereka menimbulkan kekecohan di premisnya dan mengheret perkara itu ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada awal Ogos lalu, telah menyebabkan kesulitan, kerugian dan menjejaskan perniagaan mereka. 

Difahamkan, Ismail akan memfailkan saman RM2.5 juta itu di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, Selangor.

 


"Bagaimanapun, pada 19 September lalu, TTPM memutuskan tuntutan pasangan berkenaan berjumlah RM20,000 ditolak. Keputusan TTPM membuktikan tuntutan pasangan itu terhadap kematian kucing yang dibeli daripada kami, tidak berasas. 

"Ia sedikit sebanyak dapat membaiki imej Imadi yang tercalar kerana sesetengah pengguna laman sosial sebelum ini mudah percaya dengan dakwaan pembeli itu selain berkongsi bahan berkenaan. 

"Berikutan itu, kami mengambil keputusan untuk memfailkan saman RM2.5 juta di Mahkamah Sivil Shah Alam." katanya. 

Jelas Ismail, sebagai pembiak dan penjual kucing, Imadi telus dengan syarat dan peraturan setiap urusan jual belinya. Mengikut syarat International Breeders, apabila kucing dibeli pelanggan, pihaknya hanya akan bertanggungjawab dalam tempoh 72 jam sahaja. 

Pada Ogos lalu, pemilik kucing baka British Short Hair, Lily, yang dibeli oleh pasangan berkenaan dari Imadi Pet Shop dengan harga RM10,000 mati. Mereka mendakwa, Lily mati kerana pihak Imadi tidak memberi rawatan mengikut prosedur yang sepatutnya. 


Video penjelasan Ismail mengenai dakwaan pasangan berkenaan yang dimuat naik pada 12 Ogos lalu - Imadi Pet

Semakan di Facebook mendapati, pemilik kucing tersebut ada memuat naik status berkenaan kes yang sama pada 12 September lalu yang mempertikaikan keaslian sijil TICA yang diperolehinya. Malah mendakwa dia terpaksa membayar RM3,000 hingga RM4,000 untuk proses pertukaran nama hak milik kucingnya itu. 

Dalam status itu juga, beliau berkata:

"Saman saya? Saya buat fitnah? Buktikan. Sebab saya sedang buka mata anda semua tentang apa yang sedang berlaku sekarnag ini. Kalau saya bodoh, biarlah saya sahaja yang tanggung. Jangan anda pula jadi bodoh terkena seperti saya," tulisnya. 

"Tanggungjawab saya untuk buka mata masyarakat sekeliling tentang penganiayaan kucing dan manusia. Yup, saya juga teraniaya," tambahnya lagi. 



from The Reporter http://ift.tt/2x9pteO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2kgE9aT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...